Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu curang melibatkan beberapa selebriti tanah air hangat diperkatakan. Malah boleh dikatakan kes seumpama ini seperti tidak putus-putus dan ada sahaja ‘kesinambungannya’.

Kongsi Gambar Bogel

Terbaru, satu lagi pendedahan curang telah didedahkan netizen dimana ianya melibatkan seorang chef selebriti yang juga pengacara dan personaliti TV wanita di sebuah syarikat televisyen.

Menerusi kiriman yang dihantar pada Hangat.com pada pagi Ahad, netizen tersebut telah mendedahkan beberapa suntingan perbualan menerusi aplikasi Whatsapp yang mana ianya berkisarkan perbualan lucah diantara kedua-dua personaliti TV itu.

Selain itu, beberapa gambar bogel milik pembaca berita tv swasta turut dikongsi dalam perbualan tersebut selepas ianya diminta oleh chef selebriti berkenaan.

Berstatus Suami Dan Isteri Orang

Hangat.com difahamkan perilaku curang diantara kedua-duanya sebenarnya sudah lama diketahui oleh pihak ketiga namun ianya baru didedahkan selepas pihak tersebut dikatakan tidak tahan dengan sikap chef selebriti itu yang masih berterusan bersikap demikian.

Lebih mengejutkan, kedua-dua personaliti tv itu juga berstatus suami dan isteri orang dan pembaca berita tersebut bukanlah wanita pertama yang didakwa netizen mempunyai hubungan sulit bersama chef selebriti itu.