Buat penggiat industri seni muzik terdahulu pasti nya mengenali bekas Pegawai Perhubungan Awam kepada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Abang Bard.

Meninggal Dunia Akibat Kencing Manisย 

Namun malam tadi, satu berita sedih telah dikongsi oleh pengurus kepada penyanyi itu yang juga kakak iparnya, Rozi Sang Dewi yang mana Bard dikhabarkan telah meninggal dunia. Allahyarham yang berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi akibat komplikasi kencingm manis dan meninggalkan dua orang anak Nurโ€™ Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun.

Rozi Terpaksa Tinggalkan Tetamu

View this post on Instagram

Sebaik mendapat perkhabaran mengenai pemergian Abang Bard (panggilan kepada arwah), sewaktu sahabat-sahabat saya masih beraya di rumah, saya putuskan untuk segera menziarah jenazah arwah. . Sosok yang dikenali sejak tahun 1996 sehinggalah ke hari ini (walaupun jarang bertemu tetapi sesekali bermesej, menelefon dan meninggalkan komen di facebook). . Ada banyak cerita dan kenangan yang kami lalui, pengalaman arwah menjadi PR di Suria Records dan menguruskan kerjaya @ctdk sedari awal dan dari situlah kami bersahabat sehingga kini. . Malam tadi, abang Bard menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya menziarah jenazah arwah, bertanya khabar anak-anaknya dan kebanyakan yang hadir adalah rakan-rakan seperjuangan PR, pengurus, PA artis dari pelbagai label ataupun persendirian. . Semoga arwah tergolong dalam kalangan orang yang beriman, Allah mengangkat darjatnya, menyantuninya, mengampuni segala dosa-dosanya. . Al-Fatihah. Selamat jalan abang Bard.

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Ketika menerima khabar berita tersebut, menurut Rozi ketika itu dia sedang melayan sahabat-sahabatnya yang sedang beraya di rumah namun terpaksa meninggalkan mereka kerana ingin menziarahi jenazah Allahyaham sebelum dikebumikan pada pagi ini. Allahyarham yang menguruskan Siti sejak dari awal pembabitannya di Suria Records turut menguruskan ramai lagi selebriti lain antaranya seperti Liza Hanim, Tomok, kumpulan 2 By 2 dan ramai lagi. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah!

BACA  Benar Atau Tidak? Zizan Razak Jawab Dakwaan Berkahwin Pada Tahun Ini