Menerusi program, ‘BMW Safety 360° Programme’ edisi kelima, BMW Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Childline Foundation – sebuah organisasi bukan bermotifkan untung yang bermatlamat untuk memberi kesedaran dan didikan mengenai keselamatan kanak-kanak – untuk melancarkan ‘Dari Hari Pertama’ (‘From Day One’), sebuah
kempen yang membidik untuk menaungi kepentingan kerusi kereta kanak-kanak, terutamanya bagi kelahiran bayi baharu.

Menerusi sokongan yang diunjurkan oleh Chicco Malaysia, kempen ini dimulakan dengan pemberian kerusi kereta kanak-kanak Chicco KeyFit 30 kepada enam bayi pertama yang
dilahirkan pada Hari Bapa di Hospital Putrajaya. Ibu bapa kanak-kanak ini juga telah mempelajari amalan betul yang berkenaan dengan keselamatan kanak-kanak daripada konsultan keselamatan penumpang yang mewakili Childline Foundation. Sesi perkongsian tersebut meliputi kriteria pemilihan kerusi kereta kanak-kanak yang wajar, kaedah pemasangan yang betul, serta kitaran hidup kerusi khas berkenaan.

BACA  Ini Sebabnya Kenapa Hans Isaac Cabar Diri Daki Bukit Cameron Highland Pandu Proton Saga

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata,

“Peraturan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak yang diwajibkan bakal berkuat kuasa tidak lama lagi sebaik sahaja tahun 2020 membuka tirai, kami percaya usaha berterusan untuk menerapkan kepentingan kerusi khas ini diperlukan, terutamanya demi keselamatan anak-anak yang baru dilahirkan. Fokus yang diberikan ‘Dari Hari Pertama’ adalah untuk memastikan para ibu bapa tahu bagaimana mereka dapat memelihara keselamatan anak-anak mereka sejurus mereka keluar dari hospital bersalin.

Amalan penggunaan kerusi khas kanak-kanak yang diterapkan oleh ibu bapa dalam diri mereka akan memenuhi hasrat kami. Atas tujuan tersebut, kami berikhtiar secara berterusan untuk menjalin kerjasama dengan pakar-pakar dalam industri ini agar didikan mengenai keselamatan kanak-kanak dapat diberikan kepada pihak ibu bapa serta memastikan kerusi khas ini dapat diakses secara meluas oleh orang ramai.”

Dalam fasa ‘Dari Hari Pertama’ yang seterusnya, BMW Malaysia akan menerajui usaha sama yang dijalin dengan Childline Foundation untuk memperkenalkan program subsidi kerusi kereta kanak-kanak bersama Safe ‘n Sound, iaitu pengedar produk kerusi dan peralatan kereta kanak-kanak.

BACA  Perasan Atau Tidak? 11 Kenderaan Ini Diguna Pakai Dalam Filem Adiwira Marvel

Program subsidi tersebut akan diperkenalkan terlebih dahulu kepada lima hospital kerajaan yang terletak di Lembah Klang. BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound akan mensubsidikan 150 kerusi kereta mudah bawa (carrier) ‘snskidz Ace’ yang setiap satunya bernilai RM100. Dengan tetapan menghala ke belakang, kerusi khas yang bernilai RM199 ini boleh digunakan dari usia kelahiran awal sehingga berat bayi mencecah 13kg, serta produk tersebut hadir dengan persijilan ECE
R44-04.

Program latihan keselamatan penumpang kanak-kanak akan diperkenalkan kepada lima hospital kerajaan yang terpilih, kakitangan hospital-hospital berkenaan akan belajar tentang amalan keselamatan kanak-kanak yang betul daripada konsultan keselamatan penumpang yang mewakili Childline Foundation. Ceramah dan konsultasi berkenaan dengan keselamatan penumpang kanak-kanak juga akan diberikan kepada ibu bapa yang menghadiri kelas antenatal di hospital berkenaan.

BACA  3 Kereta Mewah Milik Neelofa Yang Tidak Diketahui Peminat