Semalam terdapat sebuah isu dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Yusmiliati Binti Mohamed Yusof,33 telah menuntut usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial dalam tempoh 48 jam.

Dakwa Dianayai Sajat

Tuntutan itu dibuat kerana Yusmiliati mendakwa dia telah dianayai oleh Sajat selepas dituduh sebagai seorang penipu selepas melaksanakan permohonan usahawan itu untuk menukar jantina pada kad pengenalan nya selepas tertera jantina ‘lelaki’ kepada ‘perempuan’. Permohonan tersebut telah dibuat oleh pembantu peribadi Sajat yang dikenali sebagai Ashaari Bin Maznan namun ditolak kerana pemohon gagal untuk melampirkan satu salinan surat daripada doktor mengesahkan Sajat adalah seorang khunsa.

“Mereka telah melemparkan bermacam tuduhan palsu kepada saya dan pembantu Sajat telah membuat laporan polis pada 29.08.2018 yang menuduh saya telah menipu beliau (Sajat). Oleh kerana tindakan beliau tersebut, saya telah ditahan reman oleh pihak polis pada selama 4 hari di Balai Polis Ampang bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

Kemudiannya saya telah dituduh di Mahkamah Majistret Ampang yang masih dalam proses sebutan. Saya tidak mengaku bersalah dan telah memohon untuk dibicarakan di hadapan Puan Hakim,”

Nafi Dakwaan Mahu Tukar Jantina 

Dalam perkembangan lain, Sajat menerusi sebuah kenyataan menafikan dakwaan tersebut malah tidak akan membuat sebarang permohonan maaf mahupun membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut. Tambah Sajat lagi, dia sama sekali tidak mengenali dan bertemu wanita tersebut. Jelas Sajat dia tidak pernah membuat permohonan untuk tukar jantina dan mendawka laporan polis itu telah dibuat oleh pembantu peribadinya. Terdahulu, menurut Yusmiliati permohonan itu dibuat usahawan berkenaan kerana berhasrat untuk mendirikan rumahtangga.