Seperti sebuah trend, disamping aktif dalam bidang masing-masing kebanyakan selebriti kini turut menyediakan perkhidmatan ulasan sesebuah produk (product review) menerusi laman Instagram mereka bagi menambah pendapatan mereka.

Dituduh Songlap Duit 

Ini termasuklah buat pelakon Aprena Manrose yang turut membuat perkhidmatan tersebut. Namun begitu, posting terbaru nya di laman Instagram ‘telah dicemari’ tuduhan oleh salah seorang pengikutnya dimana pelakon itu didakwa telah menipu dan melarikan duitnya. Menurut netizen tersebut, sejumlah wang telah dibayar namun Aprena dikatakan hanya berdiamkan diri dan tidak menjalankan ulasan itu seperti yang dijanjikan.

Perjelas Isu Sebenar 

Berang dengan tuduhan tersebut, Aprena menafikan bahawa dia sengaja membawa lari wang berkenaan dan terpaksa membuka mulut bagi menjelaskan perkara yang sebenar. Menurut pelakon ini, segala urusan pembayaran telah dilakukan bekas pembantu peribadi(PA) nya namun dia dikatakan sudah berhenti kerja setahun yang lalu dan turut melarikan wang tersebut.

BACA  Netizen Sebak Tonton Video Kejutan Hari Lahir Aliff Syukri Yang Cukup Mengharukan!

Enggan memadam komen tersebut, jelas Aprena lagi ianya bertujuan untuk menjernihkan keadaan agar pengikutnya tidak lagi keliru selain terdapat komen lain memberitahu Aprena telah memulangkan wang kepada mereka yang turut sama terlibat sebelum ini.