Semalam kami di Hangat.com telah memuat naik sebuah artikel dimana terdapat beberapa suntingan perbualan di aplikasi WhatsApp melibatkan chef selebriti dan seorang pembaca berita tersebar di media sosial. Lebih mengejutkan perbualan tersebut berkisarkan mengenai perkara lucah dan beberapa gambar bogel milik personaliti TV itu turut dikongsi menerusi perbualan tersebut.

Dakwa Bekas Isteri Chef Fikree Terbabit 

Biarpun identiti kedua-duanya tidak diketahui, namun rata-rata warganet sudah membuat spekulasi sendiri dan tuduhan tersebut turut dikaitkan dengan bekas isteri Chef Fikree Aznan yang dikenali sebagai Sharifah Zuriehan. Dalam tuduhan tersebut ada yang mengatakan bahawa Zuriehan adalah individu yang menyebarkan gambar-gambar tersebut.

Nafi Sebarkan 

Enggan terlibat dalam isu itu, Zuriehan menerusi laman Insta Story nya telah memuat naik penjelasannya mengenai suntingan perbualan tersebut yang tersebar sebelum ini. Berkongsi pertanyaan dari kenalannya mengenai isu tersebut, Zuriehan menafikan mempunyai kaitan dengan perbualan lucah serta foto bogel yang tersebar sejak Ahad lalu.

“I dah start healing my self and I dah stop nak serabut soal hati…Sekarang nak bangkit balik. So, bukan I yang leak.

“Jangan dok kata pulak it’s me that jahat. Tolonglah bagi ruang bernafas,”

Sebelum ini, menerusi kenyataan yang dikongsi pada Hangat.com kedua-dua personaliti TV itu berstatus suami dan isteri orang malah hubungan sulit diantara kedua-duanya sudah lama terjalin sebelum berjaya ‘dihidu’ pihak ketiga.