Lagu baharu Taylor Swift yang berjudul You Need To Calm Down sudah pastinya akan menjadi sebutan ramai apatah lagi video muzik lagu berkenaan telah dimuatnaik di laman YouTube sejak semalam.

Tampilkan 18 Selebriti Terkemuka 

Menerusi carian kami, sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih dari 13 juta tontonan kurang dari 24 jam sejak dimuatnaik dan turut trending di media sosial. Terlalu menarik! Itulah yang digambarkan peminat mengenai video muzik kali ini.

Selain memperagakan gaya selebriti terkenal seperti Lady Gaga,Adele dan Nicki Minaj, Taylor turut tampilkan 18 selebriti kenalannya dalam video muzik ini seperti Ellen DeGeneres, Ryan Reynolds, Bobby Berk, Billy Porter, Ciara, Jesse Tyler Ferguson, Justin Mikita, Adam Lambert, Todrick Hall, Hayley Kiyoko, Adam Rippon, Chester Lockhart, Dexter Mayfield, Hannah Hart, Antoni Porowski, Jonathan Van Ness dan Tan France.

Lebih mengejutkan, Taylor telah mengundang Katy Perry sebagai cameo dalam video muzik ini sekaligus menamatkan kontroversi persengketaan mereka yang dikatakan sudah lama terjadi.

BACA  Tak Terpilih Masuk IPTA? Nah! 5 Tokoh Usahawan Selebriti Ini Dari Kolej Swasta

Berjuang Hak LGBT

Biarpun begitu, video muzik ini sedikit sebanyak mendapat kritikan kerana Taylor seolah-olah memperjuangkan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Ini jelas kelihatan menerusi warna-warna yang ditampilkan selain terdapat beberapa babak intim didalamnya. Namun, video muzik ini menggembirakan ramai peminat kerana impian untuk melihat Taylor dan Katy berbaik semula akhirnya tercapai. A Happy Meal!