Berita artis bercerai selalu mendapat perhatian umum kerana ada yang berpendapat dikalangan artis lebih berisiko untuk bercerai. Begitulah yang terjadi kepada pasangan selebriti iaitu Penerbit, Dato A. Aida dan pelakon yang sedang meningkat naik Ariff Aziz.

Pasangan ini terpaksa akur dengan pernikahan yang hanya bertahan tak sampai setahun. Sebentar tadi, A. Aida mengumumkan perceraiannya dengan Ariff pada 25 April lalu menerusi sebuah sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel Concorde.

Bertanya mengenai punca penceraian, dengan tenang A. Aida menjawab ia kerana tiada jodoh dan enggan mengulas lanjut lebih mendalam. Beliau menafikan sekeras-kerasnyaย  mengenai desas-desus mengatakan Arif tidak berduit menjadi punca keretakkan rumahtangga mereka.

“I have Everything, saya tak perlukan suami yang kaya raya, saya ada segalanya buat masa ini. Yang saya perlukan adalah cinta dan kasih sayang dari suami”- luahnya kepada ahli media.

Dalam kenyataan lainnya bersama media, A. Aida juga menolak dakwaan bahawa dia sudah serik untuk berkahwin lagi. Dia percaya ajal dan jodoh terletak di tangan Tuhan dan jika ditakdirkan dia bertemu jodoh sekali lagi, beliau tidak ragu-ragu untuk membuat keputusan mahu berkahwin buat kali ke-5.

BACA  Patutlah Cantik! Jom Intai Produk Penjagaan Wajah 5 Artis Wanita Ini