Tahniah! Dua Idola Kecil Ini Kini Bergelar Suami Isteri

3.6K

Masih ingat dengan dua pelakon cilik ini suatu ketika dahulu? Sebelum dikenali menerusi drama Elly & Epit, Siti Amirah Dayana dan Hadi Mazlan terlebih dahulu menempa nama menerusi program realiti Idola kecil.

Selamat Diijabkabulkan 

Ketika itu Siti Dayana atau lebih dikenali sebagai Dayana merupakan juara bagi musim kedua manakalah Hadi pula merupakan peserta bagi musim ketiga. Selepas mengikat tali pertunangan pada November yang lalu, kini kedua-duanya telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis perkahwinan yang serba sederhana diadakan pada hujung minggu lalu.

Dipuji Netizen 

Hangat.com difahamkan Hadi dan Dayana mulai rapat ketika bersama-sama membintangi drama itu sebelum ‘cinta monyet’ pasangan ini membawa ke jinjang pelamin.

Dipuji netizen kerana kedua-duanya mengadakan majlis serba sederhana, Dayana kelihatan anggun menyarung persalinan jubah putih lengkap khimar pada majlis akad nikah dan jubah hitam sedondon bersama suaminya pada majlis resepsi. Tahniah diucapkan buat Dayana dan Hadi!