Sebelum ini pelakon Datuk Farid Kamil Zahari telah dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) pada tahun lalu.

Mahkamah Benar Hukuman Farid Ditangguhkan 

View this post on Instagram

Farid Kamil dibenar tangguh hukuman

A post shared by Berita Harian (@beritaharian) on

Farid sebelum ini telah ditahan selama 35 hari sejak 15 Mei lalu di Penjara Kajang dan dalam prosiding terdahulu, mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman. Hari ini, berita gembira menyusuli buat Farid dan keluarga nya apabila Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membenarkan permohonan Farid untuk menangguhkan hukumannya.

Perlu Lapor Diri Di Balai Polis 

Biarpun begitu, Hakim Ab Karim telah memerintahkan Farid membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala pasport nya perlu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. Dalam perkongsian itu, kelihatan Farid tersenyum keluar dari mahkamah yang turut ditemani adiknya, Fadzil Zahari sebagai penjamin.

“Insya-Allah, Allah SWT Permudahkan,”

Dalam keputusan mahkamah juga, Farid turut dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya sebulan sekali.