Sebagai seorang selebriti ternama, segala perilaku Bella Hadid telah menjadi ikutan para peminatnya. Malah boleh dikatakan ada sahaja gaya nya mencetuskan inspirasi. Biarpun begitu, segalanya berubah apabila sekeping gambar nya yang dimuat naik menerusi Insta-story nya telah mencetuskan kemarahan peminatnya terutama di negara Timur Tengah.

Gambar Seperti Tendang Pesawat UAE 

Semua nya gara-gara gambar model terkenal itu memperlihatkan dia memakai kasut tumit tinggi di cermin tingkap sebuah lapangan terbang yang mana gambar itu kelihatan dia seolah-olah menendang pesawat yang mempunyai bendera Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) .

Gambar yang tular di media sosial itu telah mencetuskan pelbagai reaksi para peminat malah turut mewujudkan hashtag #BellaHadidIsRacist yang menganggap perbuatannya itu sesuatu yang memalukan.

Mohon Maaf 

Sedar akan isu tersebut hangat diperkatakan seluruh dunia, Bella menerusi laman Twitter nya memohon maaf dan akui tidak sengaja menyinggung perasaan banyak pihak. Ujarnya lagi dia sama sekali tidak akan menggunakan platform nya dan kedudukannya sebagai medium untuk membenci sesiapa apatah lagi warisannya.

Menurut Bella dia tidak perasan akan kewujudan pesawat berkenaan dan tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan imej syarikat itu. Sejurus selepas itu, dia turut berjanji akan lebih bertanggungjawab dan peka dalam berkongsi sesuatu apatah lagi buat peminatnya yang berada di Timur Tengah.