Seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sedang giat bekerjasama dengan Chatime Malaysia  untuk membuka sebuah kafe signature pertama di Malaysia. Namun sehingga kini masih belum dipastikan di manakah lokasi kafe tersebut memandangkan ia masih dalam perancangan.

Walaubagaimanapun ada berita baik buat peminat setia Neelofa. Baru-baru ini pihak Chatime telah mengumumkan menu baru yang diilhamkan oleh Neelofa. Pengumuman itu dibuat menerusi Facebook rasmi Chatime. Menu terbaru itu dinamakan sebagai ‘The ORIGINAL Milk Tea Flavoured Ice Cream With Brown Sugar & Pearls by Neelofa x Chatime Signature.

Jika dilihat pada gambar, secawan ais krim berperisa teh susu bersama bubble tea  sungguh menyelerakan dan nampak classy, sesuai sangat dengan jiwa Neelofa!

Tak sabar pula nak menikmati buah tangan Neelofa ni! Pihak Chatime tidak mendedahkan tarikh bila ia akan mula dijual, apa-apa pun anda boleh mengikuti update terkini Chatime di Instagram dan Facebook mereka.