Demam Avengers kembali! Semalam filem Avengers : EndGame kembali menjadi sebutan ramai sehingga tular di media sosial. Semuanya apabila Marvel mengumumkan sesuatu yang mengejutkan mengenai filem itu.

Versi Baharu Dipertontonkan Minggu Hadapan 

Marvel Studios menerusi Naib Presiden nya, Kevin Feige memberitahu filem Endgame versi baharu akan ditayangkan di pawagam bermula hadapan. Dalam versi ini, penonton akan melihat babak tambahan seperti yang telah dipadam, tribute untuk Stan Lee dan beberapa kejutan lain. Malah didalam versi baharu ini juga akan dipertontonkan ‘post-credit scene’ berbanding dahulu EndGame hanya tamat begitu sahaja.

Avatar Bakal ‘Game Over’

Dalam perkembangan lain, hasil tinjauan kami menerusi beberapa pawagam tanah air seperti TGV Cinemas dan GSC Cinemas, mereka turut mengumumkan sesuatu mengenai filem ini dan kemungkinan besar akan turut menayangkan versi baharu ini tidak lama lagi.

Disebalik ‘tayangan semula’ filem ini, kebanyakan warga net bersetuju Avengers EndGame seolah-olah mahu mengalahkan rekod filem yang mendapat kutipan yang paling banyak sehingga kini, Avatar. Sehingga kini, Avatar masih unggul dengan rekod kutipan sebanyak $2.78 billion manakala EndGame mengikuti rapat dengan kutipan $2.74 billion. Dengan tayangan tambahan untuk masa terhad kelak, kami pasti Avatar akan ‘game over!