Satu berita sedih telah dikongsi oleh penyanyi yang juga penyampai radio Zayan FM, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi apabila dia memberitahu ibu kesayangannya, Ramlah Sarlan telah kembali ke rahmatullah.

Meninggal Dunia Malam Tadi 

Berita tersebut turut disahkan oleh isteri Mawi, Ekin Rahmat menerusi perkongsiannya di laman Instagram. Menurut Ekin, ibu mertua nya itu telah meninggal dunia di rumahnya di Felda Taib Andak, Kulai, Johor pada pukul 8 malam tadi. Malah sebelum ini, Ekin turut berkongsi gambar dia anaknya menziarahi Ramlah di hospital minggu lalu bagi memantau keadaannya.

Kagum Dengan Kecekalan Arwah Ibu Mertua 

Menurut Ekin, biarpun keadaan arwah ibu mertua nya itu sebelum ini berada dalam keadan yang begitu lemah, namun pelakon itu mengagumi kecekalkannya melawan sakit yang dialami malah tidak pernah mendengar sebarang keluhan daripada mulutnya.

Dalam sumber lain memberitahu, Allahyarhamah Ramlah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit selain mengalami sakit tua. Jenazah ibu penyanyi dikhabarkan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai, Johor pukul 10 pagi tadi.

BACA  Azar Azmi Kongsi Pengalaman Babak 'Panas' Dengan Syafiq Kyle