3 Kediaman Super Mewah Will Smith, Ada Yang Boleh Dibawa Berjalan

1.4K

Bila bercerita pasal filem Aladdin, pasti kita terbayangkan aksi lucu watak Genie, Jin dalam lampu ajaib. Itulah Will Smith, aktor yang kembali mencuri perhatian selepas filem Aladdin berjaya menambat hati penonton keseluruhannya baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya aktor ini memulakan karienya sejak tahun 1995 menerusi filem Bad Boys. Kemudian popularitinya semakin melonjak naik selepas muncul lagi menerusi filem lainnya seperi Independence Day, Men in Black, Wild Wild West, Ali, I am Legend, Hancock, hinggalah yang terbaru Aladdin.

Menurut sumber dari Wealthy.com, kekayaan yang dimiliki oleh aktor kulit hitam ini pada tahun 2018 mencecah USD$ 300 Juta atau sekitar RM 1.2 Billion. Jumlah yang cukup besar untuk seorang yang bekerja dalam dunia hiburan.

Rumah mewah dan megah memang tak boleh dipisahkan dengan artis Hollywood, samalah dengan Will Smith. Nak tengok koleksi rumah mewah Will Smith? Lihat di bawah.

1Mansion di Calabasas

Pada ketika ini, Will Smith dan isterinya iaitu Jada Pinket Smith mendiami sebuah rumah mewah yang bertempat di Calabasas, Los Angeles. Difahamkan nilai kediaman tersebut mencapai US$ 42 Juta atau setara dengan RM 128 Juta

Kediaman ini dibina di sebuah kawasan yang agak terpencil dengan bertujuan dapat menjaga privasi kehidupan sekeluarga aktor kacak ini.

Beberapa fakta yang harus anda ketahui soal rumah mewah ini adalah pembinaannya yang memakan waktu tujuh tahun, yakni mula dibangunkan pada tahun 2003 dan selesai di tahun 2010.

Senibina rumah ini juga sangat hebat, bahagian depan rumahnya berkonsep India. Ada sembilan bilik tidur, tempat meditasi, kolam renang, serta panggung mini bertema Maroko di dalamnya.

Rumah ini juga memiliki perabot serta gaya interior yang bertema Afrika. Di bahagian luarnya terdapat gelanggang bola keranjang, voli, serta ruang letak kereta yang memuatkan sebanyak 8 buah kereta.

2Kediaman Mewah Di Malibu

Sama seperti Lady Gaga, keluarga Smith juga memiliki rumah di Malibu. Rumah mewah ini juga dibangunkan pada  tahun yang sama iaitu 2003, harganya mencapai US$ 20 juta atau sekitar RM 80 Juta.

Rumah itu memiliki luas 2,300 meter persegi! Besar kan? Pereka Senibina rumah mewah ini adalah Stephen Samuelson dan Judith Lance.

Sama seperti rumah di Calabasas, interior rumah ini juga memiliki sentuhan spiritual. Beberapa ruangan santai di rumah itu juga dibuat semi outdoor.

Difahamkan Will Smith membina rumah cantik ini dari inspirasi rumah Gene Hackman di Santa Fe.

3Will’s RV

Sumber: BussinessInsider

Beralih kepada rumah mewahnya yang ketiga. Yang ini agak sedikit berbeza dan jarang-jarang kita lihat kerana ia boleh bergerak.

Rumah mewah ini ternyata dibina bukan di atas tanah tetapi sebuah treler yang sudah diubahsuai dengan berukuran besar yang memiliki 22 roda. Harga treler itu sendiri sudah mencapai US$ 2.5 juta atau RM10 Juta, sementara itu kos menyiapkan interiornya difahamkan mencapai lebih RM1 Juta.

Treler ini juga memiliki dua tingkat yang luasnya mencapai 111 meter persegi. Interiornya luar biasa mewah. Cuba lihat video di atas, pasti anda kagum!

Ada sebuah bilik mandi mewah juga dan yang jelas semua yang ada di dalam treler besar ini berteknologi canggih. Itulah tiga rumah mewah Will Smith, walaupun salah satunya adalah sebuah kenderaan tapi fungsinya tetap sama.

Berminat dengan Rumah Bergerak?

Jika anda tak mampu memiliki treler semewah milik Will Smith, mungkin karavan atau motorhome boleh jadi pilihan yang mampu milik. Hasil pencarian kami, sebuah syarikat automotif, Luxe Motorhomes & Caravan menerusi WTA Ventures ada memperkenalkan motorhome jenama Benimar Mileo dengan harganya di antara RM609,000 hingga RM650,000 seunit.

Semua motorhome buatan Benimar Mileo ini dibina mengikut spesifikasi UK, iaitu semuanya akan diterima oleh pasaran Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengklasifikasikan motorhome ini sebagai MPV dan boleh dipandu oleh sesiapa sahaja yang memiliki lesen D secara sah.