Tanggal 22 Jun 2019 menjadi tarikh keramat buat fan berat kumpulan Kpop popular MONSTA X di mana lebih kurang 5000 peminat telah membanjiri Stadium Malawati Shah Alam untuk hadir menonton persembahan di MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR.

Walaubagaimanapun agensi MONSTA X Starship Entertainment mengumumkan bahawa Wonho tidak dapat tampil dalam konsert MONSTA X di Kuala Lumpur.

“Halo ini adalah Starship Entertainment. Pertama, kami ingin meminta maaf kepada semua pminat kerana anggota MONSTA X Wonho tidak akan dapat tampil di konsert 2019 MONSTA X WORLD TOUR” We Are Here” di Kuala Lumpur.

Pada 21 Jun, MONSTA X terbang ke Malaysia untuk tur dunia mereka dan ketika mereka tiba di lapangan terbang disana Wonho tidak dapat memasuki Malaysia kerana dia tidak dapat menemukan pasportnya. Wonho kemudian kembali ke Korea, mengeluarkan pasport sementara, dan cuba mengejar penerbangan paling awal untuk kembali Malaysia sehingga dia dapat tampil di konsert, tetapi akhirnya tidak dapat menyertai konsert itu. Namun, agensi kami dan Wonho sepakat bahawa meskipun dia tidak akan dapat menyertai konsert, Wonho masih akan kembali ke Malaysia untuk semua pemnat yang telah menunggunya.

Kami dengan tulus meminta maaf kerana telah menimbulkan kegusaran bagi semua peminat yang telah hadir dan menunggu acara ini. Kami akan memastikan perkara seperti ini tidak terjadi lagi di konsert tur dunia mendatang.

Terima kasih.”

Namun demikian, konsert tetap diteruskan dengan penuh energetik dengan menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuklah lagu-lagu popular mereka seperti Alligator, Shoot Out  dan banyak lagi. Berikut senarai 23 buah lagu yang dipersembahkan pada malam tersebut.

  1. SHOOT OUT
  2. HERO (broadcasting ver.)
  3. TRESPASS (rock ver.)
  4. PARTY TIME
  5. PLAY IT COOL
  6. MOHAE
  7. JEALOUSY
  8. MYSELF (Hyungwon x Kihyun x Minhyuk)
  9. 3HYTHM (Jooheon x I.M)
  10. MIRROR (Shownu x Wonho)
  11. HONESTLY
  12. I DO LOVE U
  13. SWEETHEART
  14. NO REASON
  15. MYSELF
  16. DRAMARAMA
  17. OH MY!
  18. SPECIAL
  19. FALLIN’
  20. ALLIGATOR
  21. H.ONE (Hyungwon) DJ STAGE
  22. RODEO
  23. BY MY SIDE + CURTAIN CALL
BACA  [VIDEO] Pedas! Michael Ang & Caprice Ulas Isu Video Seks Haziq Aziz Bersama Menteri

Persembahan mereka juga cukup bertenaga dan sangat menghiburkan, sebab itu lah masih ramai yang teringat-ingat lagi momen di konsert tersebut.

Untuk lepaskan kerinduan anda, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar konsert MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR yang disediakan oleh pihak penganjur MACPIEPRO.