Sebelum ini, kecoh seketika mengenai spekulasi rumahtangga selebriti Fizo Omar dan usahawan Mawar Abdul Karim yang dikatakan berantakan selepas kedua-duanya dilihat menyambut Aidilfitri secara berasingan. Namun, Fizo menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu isteri dan anaknya pulang ke kampung tanpa nya kerana bapa kepada Mawar telah jatuh sakit.

Akui Rumahtangga Bermasalah 

Tidak lama kemudian, kontroversi mengenai rumahtangga nya sekali lagi menjadi bualan hangat dikalangan warganet. Akui rumahtangganya kini berhadapan masalah, namun Fizo menepis dakwaan bahawa ianya berpunca daripada orang ketiga. Jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia tidak menyalahkan Mawar mahupun mengaibkan mana-mana individu dan beranggan ini adalah ujian yang diberikan Allah kepada mereka.

Redha Sekiranya Berpisah 

Menurut Fizo, pada mulanya dia beranggapan masalah yang dihadapi tidaklah terlalu serius kerana mereka berdua sudah berbincang secara baik pada Ramadan baru-baru ini. Akan tetapi Fizo terkejut kerana Mawar sudah bertemu peguam untuk mendapat nasihat berkaitan rumah tangga mereka. Menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya dari peguam Mawar, Fizo berkata sekiranya perpisahan adalah jalan yang terbaik buat mereka, dia redha dengan segala ketentuan-Nya.

“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya ,”

Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan searing anak perempuan, Wan Maryam, 2 tahun.