Sebelum ini, ramai yang sedia maklum bahawa anak tiri penyanyi tersohor tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid sedang hangat bercinta dengan pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeuTYRA, Tyra Kamaruzzaman.

Sudah Berpisah Sebulan Lalu

Namun, satu pendedahan mengejutkan telah dibuat Aazief dimana dia telah mengumumkan bahawa mereka kini sudah berpisah sejak sebulan yang lalu. Pendedahan itu telah dibuat Aazief sendiri menerusi laman Twitternya selepas menyahaktif akaunnya itu buat seketika selepas mereka berpisah. Menolak punca perpisahan mereka adalah kerana orang ketiga, menurut anak bongsu lelaki Khalid ini memberitahu bahawa tidak lagi mempunyai persefahaman antara mengapa mereka mengambil jalan untuk berpisah.

Masih Berhubung 

Biarpun tidak lagi menjadi pasangan kekasih, menurut Aazief mereka masih lagi berhubung antara satu sama lain dengan baik malah turut berjumpa bekerja bersama-sama. Baginya, terlalu banyak kenangan manis bersama Tyra selama ini dan itu merupakan antara faktor mengapa dia tidak mampu untuk mempunyai perasaan benci terhadap Tyra.

Pesan Aazief lagi dia turut mengharapkan agar netizen tidak lagi menghentam Tyra tanpa usul periksa kerana kasihan akan bekas kekasihnya itu yang menjadi mangsa fitnah. Perkongsian Aazief itu ternyata memberikan inspirasi buat netizen malah turut memuji sikapnya sebagai ‘gentleman’. Apa pun, kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya!