Video Klip Caprice Terbaharu Dikritik Gara-gara Wanita Seksi

1.2K

Walaupun video klip lagu “Bal” oleh Caprice, MK, Tuju & Zynakal sudah mendapat tontonan lebih 200 ribu kali kurang dari 24 jam, rata-rata mereka yang melihatnya mengeluarkan kata-kata kecaman, kesat dan mengkritik dengan video klip yang diarahkan oleh Caprice tersebut.

Rata-rata pengikut di Instagram meninggalkan komen tidak bersetuju dengan idea Caprice menampilkan wanita seksi dalam video klip tersebut.

Ada yang berpendapat, imej Caprice sebagai pendakwah dan dikenali dalam kempen jihad dalam pendidikan seakan-akan tidak mencerminkan dirinya menerusi video klip ini. Masing-masing punya pandangan kan? Lihat antara kritikan netizen di ruangan komen.

Sejujurnya video ini tidaklah seburuk seperti mereka sangkakan. Malah ada mesej positif telah disampaikan kepada penontonnya. Salah satu netizen ini berpendapat, Caprice tahu apa yang dilakukan dan ada batasnya dalam menghasilkan sesebuah karya.

Walaubagaimanapun, Caprice tidak memberi sebarang reaksi terhadap semua kritikan ini. Namun apa yang penting, netizen harus ingat, video klip ini sekadar hiburan dan kadang-kala penghasilan bagi sesebuah video klip perlu seiring dengan konsep dan jalan cerita. Kalau video konsep begini takkan nak tampilkan wanita berhijab pulak kan?