Setiap selebriti pasti inginkan tubuh badan yang ideal dan mempunyai citarasa tersendiri apatah lagi bagi terus menempa nama dan kadangkala terikat dengan komitmen penggambaran yang mahukan bentuk badan selebriti itu menjadi sesuatu yang diinginkan mereka.

Makin Berisi

Mengikuti perkembangan pelakon kacak, Saharul Ridzwan di laman Instagram nya rata-rata pengikut terkejut apabbila melihat penampilannya yang terkini kelihatan agak berisi berbanding sebelumnya apatah lagi bentuk muka nya juga jelas kelihatan berbeza.

Menerusi ruangan komen, peminat terkejut kerana bentuk badan pelakon itu naik secara mendadak selain ada yang berseloroh dengan mengatakan ianya merupakan penangan ‘raya’.

Mahu Bina Badan 

Menerusi status nya pula, Saharul seakan memberi bayangan bahawa dia sememangnya sengaja menaikkan berat badannya bagi tujuan bina badan selain memberitahu langkah seterusnya adalah untuk kelihatan ideal semula seperti rakannya, Hairul Azreen. Terdahulu, pelakon ini pernah berkongsi berat badannya pernah mencecah lebih dari 80 kilogram. Adakah Saharul akan kembali seperti dahulu? Sama-sama kita nantikan!