5 Selebriti Ini Memiliki Sebuah Ford Mustang. Best Sangat Ke Kereta Ni?

2.8K

Ford Mustang merupakan salah sebuah kereta Muscle Amerika yang paling ikonik pernah dikeluarkan. Untuk info,  selama lebih 50 tahun Ford Mustang dikeluarkan, Ford Mustang telah muncul lebih daripada 500 buah semenjak ia dikeluarkan pada tahun 1964.

Memetik dari laman gohedgostan.com, selepas memperkenalkan Mustang Shelby GT500 pada awal tahun ini, Ford kini mengalihkan tumpuan mereka kepada varian 2.3L EcoBoost dan telah menghasilkan pakej High Performance. Dengan pilihan transmisi automatik 10 kelajuan dan manual enam kelajuan, Mustang High Performance dipercayai boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa empat saat dan mencapai kelajuan maksimum 249 km/j. Wow! Laju betul kereta Mustang ni! Patutlah digilai oleh ramai peminat kereta sport di luar sana.

Sama seperti, 5 selebriti popular ini yang mengagumi kereta terlaris di dunia ini dan mampu memiliki sebuah Mustang dengan pilihan model dan warna masing-masing. Jom kita lihat 5 selebriti & usahawan popular yang memiliki kereta dengan reka bentuk yang maskular ini.

1Aeril Zafrel

Pelakon Aeril Zafrel dengan Ford Mustang warna kuning ‘Triple Yellow Tri-Coat’ yang sungguh mengancam.

2Safiq Rahim

Bekas pemain bola sepak Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim  juga memilik sebuah kereta Ford Mustang dengan pilihan warna kelabu gelap.

3Dato’ Alha Alfa

Begitu juga dengan Dato’ Alha Alfa, juru makeup selebriti terkenal yang kini juga merupakan usahawan muda berjaya dalam bidang kosmetik memiliki sebuah Ford Mustang dengan warna Biru.

4Safiey Ilias

Pilihan warna yang sama dengan Aeril Zafrel, usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illyas juga memiliki sebuah Ford Mustang berwarna kuning ‘Triple Yellow Tri-Coat’.  Mustang ini dilaporkan pernah melalui proses pembaikan selepas terlibat dalam kemalangan.

Kereta ini turut dipamerkan dama muzik video Syinta Gila nyanyian Safiey yang pernah trending pada tahun lalu.

5Wak Doyok

Nama Wak Doyok atau nama betulnya Mohd Azwan Md Nor tidak perlu diperkenalkan lagi. Baru-baru ini Wak Doyok telah menambah koleksi kereta mewah beliau dengan sebuah Ford Mustang 5.0L V8 dengan bodykit Super Rocket dari CT Motorsport.  Difahamkan kereta Wak Doyok ini bukan calang-calang orang boleh pakai.

Itulah balasan keringat selebriti dan usahawan ini yang tidak putus-putus berusaha siang dan malam bekerja demi menjana pendapatan yang tinggi. Jadi kepada yang belum mampu, boleh tengok je lah dan jadikan sebagai inspirasi untuk kita semua.