Sebelum ini peminat Ifan Seventeen dikejutkan dengan kes tangkap basah penyanyi itu dengan seorang wanita bernama Citra Monica di sebuah pangsapuri.  Susulan dari kejadian itu, Ifan dan Citra dituduh melakukan zina.

Tuduhan itu dibuat kerana Ifan mengenakan seluar pendek ketika ditangkap. Walaubagaimanapun, Ifan dan Citra menafikan tuduhan tersebut dan membuat pengakuan bahawa hubungan mereka berdua hanya sekadar kawan.

Pengakuan itu tidak dipedulikan oleh suami Citra, Adit. Adit telah membuat laporan polis terhadap tuduhan zina tersebut. Namun baru-baru ini, Adit telah menarik semula laporan tersebut dan sehingga kini pihak polis tidak tahu apa alasannya.

Dalam pada itu pihak polis telah mendedahkan hasil siasatan terhadap pasangan ini. Agak mengejutkan, keputusan dari hasil visum yang baru saja dikeluarkan. Pihak polis tidak menemukan apa-apa bukti  yang menunjukkan Ifan dan Citra melakukan hubungan intim.

“Hasil visum (Ujian alat Kelamin) dari Pegawai Perubatan itu tidak adanya tanda koyak atau apapun, juga tidak ada Luka atau meninggalkan bekas. Jadi tidak ada penetrasi.” ujar M. Rifai, Ketua Polis Jenayah di Bandung seperti yang dilaporkan oleh detik.com

Terbaru, Citra memberikan klarifikasi terkait kes tangkap basah tersebut. Menurut Citra, saat pangsapuri itu diserbu, mereka tidak cuma berdua, tapi ada ibunya. Selain itu, Citra juga menyatakan dia sudah diceraikan oleh suami, walaupun secara undang-undang belum dibuat secara rasmi.