Berjuta-juta hati peminat hancur mendengar berita tentang Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bercerai. Dalam sebuah kenyataan,  tidak ada persafahaman dan keserasian jadi alasan perpisahan tersebut.

Pasangan yang digelar ‘Song Song Couple’ itu berkahwin dua tahun lalu dalam majlis yang disambut meriah.

Mari kita lihat kembali kronologi bagaimana hubungan mereka terjalin:

28 Mei 2015: Pasangan ini hadir dalam pembacaan naskah pertama mereka untuk ‘Descendants Of The Sun’.

Joong Ki datang ke pembacaan naskah di markas besar KBS di Yeouido, Seoul. Laporan mengatakan bahawa setiap kali ada momen romantis antara dua karakter itu, orang-orang di sekeliling ruangan itu bersorak.

Mac hingga Jun 2016: Song Song dilihat kerap kali bercuti di berbagai-bagai tempat.

Mereka terlihat romantis makan malam di New York dan bercuti di Bali, Indonesia. Pada saat ini,  pihak pengurusan masing-masing membantah spekulasi percintaan mereka dan mendakwa bahawa Joong Ki dan Hye Kyo hanya berteman saja.

3 Jun 2016: Mereka muncul di Baeksang Arts Awards.

Pasangan ini muncul sambil berpegangan tangan di Baeksang Arts Awards ke-52. ‘Descendants Of The Sun‘ memenangi hadiah utama untuk TV dan pasangan membawa pulang anugerah Aktor dan Aktres Paling Populer!

4 Julai 2017: Pasangan ini mengesahkan bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta dan mengumumkan pertunangan.

Memetik dari Soompi, selepas pengumuman itu, Joong Ki dan Hye Kyo sempat menulis surat terbuka kepada semua peminat mengenai perkahwinannya yang berlangsung pada bulan Oktober, 2018. Sebahagian dari kenyataan itu berbunyi:

“Saya fikir ramai peminat saya akan terkejut dengan berita yang secara tiba-tiba ini. Saya ingin memberitahu semua orang lebih awal, tetapi saya terpaksa berhati-hati kerana keputusan itu melibatkan dua orang dan keluarga masing-masing. Saya juga tidak mahu menimbulkan masalah kepada orang yang terlibat dalam filem yang akan datang. Saya berharap anda akan faham.

“Saya berjanji untuk menjalani hidup saya sebagai pelakon yang hebat dan ketua keluarga yang boleh dipercayai. Saya berharap anda akan terus menyokong hubungan kami. Terima kasih.”

31 Oktober 2017: Pasangan itu bernikah

Rakan-rakan ‘Descendants Of The Sun’ mengadakan upacara pernikahan mereka di Shilla Hotel dihadiri oleh teman rapat dan keluarga.

28 Mei 2019: Joong Ki membantah rumor perceraian.

Memetik dari Koreaboo, hal ini ditimbulkan selepas Hye Kyo muncul di depan umum tanpa cincin pernikahannya, yang menyebabkan peminatnya membuat spekulasi berlakunya keretakkan dalam rumah tangga mereka.

27 Jun 2019: Pasangan itu mengeluarkan kenyataan mengumumkan perceraian.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo secara rasmi menghancurkan hati jutaan peminatnyta ketika mereka mengesahkan telah bercerai.

“Alasannya adalah perbezaan visi, dan kerana pasangan tidak dapat mengatasi perbezaan, mereka dipaksa untuk mengambil keputusan ini,” kata pihak pengurusan Hye Kyo.

Menurut Koreaboo, pasangan ini telah meninggalkan kediaman mewah mereka di Itaewon, Seoul, Korea Selatan beberpa bulan yang lalu. Banglo mewah itu didiami setelah berkahwin pada Oktober 2017 dan dibeli dengan harga USD$8.9 juta.

Maklumat mengenai perpindahan mereka itu turut dikongsikan oleh jiran tetangga yang tinggal berdekatan.