Pemenang Oscar, Octavia Spencer dan pengarah Tate Taylor menghasilkan sebuah filem seram psikologi buat pertama kali. Spencer melakonkan watak sebagai Sue Ann, wanita yang tinggal seorang diri di bandar Ohio. Suatu hari, dia disapa seorang anak muda bernama Maggie untuk membeli minuman alkohol bersama rakan-rakannya.

Sue Ann mempelawa sekumpulan remaja itu tinggal dirumahnya. Dia membenarkan kumpulan remaja tersebut berpesta di ruang bawah rumah dengan syarat tidak mabuk, tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat, tidak dibenarkan untuk naik ke kawasan atas rumah dan memanggilnya ‘Ma’.

Namun, semakin lama mereka tinggal di rumah itu, mereka mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila Sue Ann mula taksub dengan aktiviti mereka, sentiasa menjejak aktiviti mereka di media sosial dan juga mengikut mereka ke sekolah.

Perkara itu menjadi mimpi ngeri buat mereka, dan rumah yang mereka tinggal itu bertukar daripada kediaman menarik kepada kediaman yang mengerikan.

Filem Ma turut dibintangi Juliette Lewis, Luke Evans, Diana Silvers, McKaley Miller, Missi Pyle, Corey Fogelmanis, Gianni Paolo dan Dante Brown. Dari pengarah The Help dan Get On Up, Tate Taylor dan penerbit Jason Blum membawa anda filem seram dengan watak utama dari pelakon hebat Octavia Spencer.

Bakal ditayangkan di pawagam 25 Julai ini, tonton dahulu trailer filem ini di pautan di bawah:

Bagaimana, adakah anda tertarik untuk menonton? Khas Untuk Peminat Hangat.com, pada Selasa, 23 Julai 2019, jam 9 malam bertempat di  MBO Starling, kami ingin mencari pembaca bertuah untuk memenangi sepasang tiket tayangan perdana filem ini secara percuma!

Caranya anda hanya perlu lengkapkan butiran dan soalan berikut untuk melayakkan diri anda dipilih sebagai pemenang.

Syarat Penyertan

  1. Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  2. Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag Hangat.com beserta #HangatMalaysia
  3. Anda dikehendaki kongsikan artikel ini di Facebook dan mengisi butir-butir diri anda dengan menjawab soalan.
  4. Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 22 Julai 2019
  5. Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan. Keputusan hakim adalah muktamad.
  6. Pemenang akan dihubungi pihak Hangat.com melalui email anda.
  7. Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di  MBO Starling Mall pada 23 Julai  bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  8. Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  9. Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin.