Selain Adibah Noor dan Sharifah Amani, pelakon popular Maya Karin juga antara selebriti yang cukup aktif di media sosial terutamanya di laman Twitter.

Terharu Terima Respon Yang Positif 

Tidak ‘bercakap kosong’ di platform itu, Maya sering kali bertegas mengenai luahan dan pandangannya mengenai isu alam sekitar yang kadang kala membimbangkan. Malah beberapa ‘luahan’ tersebut menjadi tular di media sosial sehingga wujudnya kempen Maya Karin River Challenge dan juga ‘CC Maya’. Menjawab mengenai isu tersebut, Maya berkata dia sendiri terkejut dan teraru kerana pandangannya mengenai alam sekitar sering kali mendapat respon yang cukup positif dikalangan penggna media sosial.

Bukan Untuk Raih Populariti 

Akui Maya, niatnya berkongsi mengenai isu tersebut bukanlah untuk meraih populariti sebaliknya ianya sebagai satu kesedaran cinta akan alam sekitar yang perlu diambil serius oleh semua lapisan masyarakat. Bagi nya, jika tanpa kesedaran seperti ini, pelbagai isu akan terjadi kelak malah ianya perlu ditangani segera. Mengajak orang ramai terutamanya golongan muda mencintai alam sekitar, Maya turut berpesan agar segera melaporkan pada pihak berwajib mengenai permasalahan yang timbul melibatkan alam sekitar dan juga haiwan-haiwan yang diancam kepupusan.

“Terus -terang saya cakap, memang sedih dan geram apabila melihat hutan dan juga haiwan seperti harimau sering kali diancam bahaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jadi saya menyeru agar generasi kini gunakan medium yang betul dan laporkan kepada pihak yang berwajib seperti pihak kementerian. Jangan takut, kerana ini adalah hak kita untuk menyuarakan isu ini”

Maya ditemui Hangat.com di sidang media YOKUK20 Karnival 2019 anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang diadakan baru-baru ini di Damansara Kuala Lumpur.

Selain Maya, dua selebriti popular iaitu Andi Bernadee dan Fara Fauzana akan turut bersama-sama sertai perlumbaan kerusi roda ‘Wheel With Me’ yang akan diadakan di di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Julai ini.