#WeStandWithTaylor ! Sejak semalam hashtag ini tular di media sosial dimana ianya berkaitan isu hak milik lagu penyanyi Taylor Swift dan syarikat label nya terdahulu, Big Machine Records.

Taylor Swift Dibuli!

Bagi anda yang tidak tahu atau masih keliru dengan isu yang mendapat reaksi peminat seluruh dunia ini, segalanya bermula apabila Taylor dikatakan telah dianaiya oleh syarikat itu yang diketuai oleh Scott Borchetta.

Sebelum ini, Taylor telah menandatangani kontrak bersama Big Machine ketika dia berusia 15 tahun. Sebanyak 6 album Taylor telah dihasilkan bersama Scott dan dalam masa yang turut dimanipulasi oleh syarikat itu.

Mahu Hak Lagu 

Terdahulu, Taylor pernah meminta untuk memiliki lagu-lagu tersebut memandangkan sebagai seorang penyanyi asal barangkali hak itu adalah miliknya. Namun permintaan itu telah diendahkan oleh Scott dan turut memberitahu Taylor masih boleh menyanyikan lagu-lagu berkenaan dengan terus bernaung di bawah Big Machine Records. Taylor bagaimanapun mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat itu pada tahun 2018 walapun tahu isu hak milik bakal menjadi perdebatan hangat kelak.

BACA  Demi Kaum LGBTQ, Taylor Swift Beri Wang RM463 Ribu

Jual Hak Milik Kepada Scooter Braun 

Tidak lama kemudian, Scott bertindak kejam dengan menjual hak milik tersebut kepada Scooter Braun yang merupakan pengurus Justin Bieber, Kim Kardashian dan Kanye West.

Scooter bersama Justin Bieber

Penjualan hak milik yang dianggarkan sebanyak $300 juta itu dikatakan telah dibincangkan sejak berbulan-bulan diantara Scott dan Scooter dan Taylor sendiri tidak tahu menahu mengenai isu penjualan tersebut. Kini, Taylor meluahkan rasa kecewa nya kerana hak milik tersebut telah dijual, dan dia tidak dibenarkan menyanyi hasil karya nya sendiri yang berusia hampir 15 tahun lamanya.

17 Selebriti ‘Unfollow’ Scooter Braun

Menyedari akan Taylor telah dianaiya, rata- rata peminat seluruh dunia telah menyatakan solidariti mereka kepada Taylor dan rakan-rakan penyanyi ini turut menyatakan tanda sokongan dengan berhenti mengikuti perkembangan Scooter di laman sosial. Berikut kami tampilkan 17 selebriti yang kini telah ‘unfollow’ Scooter termasuklah artis naungan Scooter sendiri, Ariana Grande.

  1. Joe Jonas
  2. Ariana Grande
  3. Harry Styles
  4. Selena Gomez
  5. Halsey 
  6. Rihanna
  7. Miley Cyrus
  8. Nicki minaj 
  9. Lana Del Ray
  10. Little Mix 
  11. Alessia Cara 
  12. Britney Spears 
  13. Camila Cabello
  14. Iggy Azalea
  15. Billie Eillish
  16. Lisa May
  17. Brendon Urie
BACA  7 'Moment' Menarik Di Hari Pertabalan YDP Agong