Seperti mana yang diketahui, aktres jelita Eyka Farhana sebelum ini pernah mendapat rawatan di hospital kerana mengalami sakit dalam perut. Eyka yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama terbaru terpaksa menangguhkan pembedahan yang disarankan oleh doktor apabila disyaki ada ketumbuhan dalam perutnya.

Walaubagaimanapun, Eyka kini boleh menarik nafas lega setelah dimaklumkan oleh doktor bahawa dia tidak perlu menjalani pembedahan.

Memetik dari laporan Utusan Online, Eyka berkata, sakit dalam perut itu sebenarnya bukanlah ketumbuhan tetapi kerana dia tersalah makan makanan yang tidak sesuai dengan perutnya.

“Pertama kali menerima rawatan, doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan kerana ada ketumbuhan peringkat awal dalam bahagian perut. Namun saya menangguhkannya kerana perlu memberi komitmen kepada penggambaran yang belum selesai. Namun, kali kedua mendapatkan rawatan, doktor sahkan ia bukan ketumbuhan dan boleh disingkirkan dengan memakan ubat yang diberikan.”- katanya kepada Utusan Online

Eyka meluahkan rasa bersyukur kerana ini dia sudah kembali siha seperti biasa, dan ternyata selepas dari kes ini, Eyka lebih berhati-hati memilih makanan supaya ia tidak berlaku lagi.

Artikel SebelumnyaMaya Karin Tidak Sangka Luahan Hati Jadi Inspirasi Netizen
Artikel SeterusnyaKerana Khai Bahar, Siti Nordiana Salahkan Fikry Ibrahim
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.