Negara Korea Selatan memang tak boleh dipisahkan dengan hal-hal berkaitan dengan pembedahan plastik. Malah ramai artis KPop secara terang-terangan mengaku melakukan pembedahan plastik demi menambah daya tarikan mereka di hadapan peminat.

Bukan artis KPop jer, orang biasa-biasa pun ramai juga yang mengubah wajah atau tubuhnya demi tampil lebih menawan.

Kim Jong Myung

Memetik dari Koreaboo, seorang doktor bedah dan juga abang kandung kepada aktor Kim Jong Kook,  Kim Jong Myung telah berkongsi pengalamannya melakukan pembedahan plastik kepada pelanggannya. Dr. Kim menjadi tetamu undangan di acara Video Star yang ditayangkan di MBC Every1 pada hari Selasa (7/5/2019).

Dr. Kim lalu mengungkap beberapa pelanggannya sering minta dibuat mirip dengan idola K-Pop.  Berikut 5 wajah selebriti Korea yang disebut oleh Dr. Kim paling diinginkan pelanggan untuk dijadikan rujukan bagi menjalani pembedahan wajah.

BACA  Blackpink Catat Sejarah! Artis K-Pop Paling Banyak 'Subscriber' Di YouTube

1Irene Red Velvet

Menurut Dr. Kim, paling banyak pelanggannya yang membuat pembedahan plastik sering merujuk wajah Irene untuk mendapatkan hasil yang diimpikan. Tidak dinafikan, kerana Irene mempunyai ciri-ciri wajah yang paling cantik dan sempurna.

2Yoona SNSD

Dr. Kim menyebut bahawa Yoona mempunyai kecantikan tradisional dengan mata besar berkelopak ganda dan hidung mancung sempurna.

3Jennie BLACKPINK

Seiring dengan perkembangan tren, kini kebanyakan wanita lebih ingin terlihat seperti para idol, termasuk Jennie BLACKPINK. Menurut Dr. Kim, pelanggannya sering tertarik pada “intensiti keseluruhan” yang ditonjolkan pada wajah Jennie.

5Han Ye Seul

Artis kacukan Amerika Syarikat-Korea Selatan, Han Ye Seul juga disebut oleh Dr. Kim. Tak hanya memiliki wajah yang cantik tapi juga terlihat berkelas.

Itulah 5 artis Korea Selatan yang dianggap paling cantik dan juga ramai menjadikan wajah-wajah ini untuk rujukan buat pembedahan plastik. Anda pilih yang mana?