Biarpun sering dikecam, namun usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tetap meneruskan legasi nya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Remaja OKU Sanggup Datang Dari Jauh Mahu Bertemu Aliff Syukri 

Baru-baru ini, menerusi sebuah perkongsian video yang dimuatnaiknya di laman Instagtram rata-rata netizen begitu tersentuh melihat rakaman video tersebut. Di dalam video itu, Aliff telah berkongsi cerita yang mana terdapat seorang remaja yang tergolong dalam orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan percakapan sanggup datang dari Segamat, Johor menaiki bas ke Kuala Lumpur semata-mata ingin berjumpa dengan Aliff yang dianggapnya sebagai idola sejak dahulu.

Mahu Bekerja Bersama Aliff 

Lebih mengharukan, di dalam telefon bimbit remaja itu yang juga dikenali sebagai Syukri, terdapat banyak gambar Aliff telah disimpannya kerana begitu meminati usahawan itu. Malah dia turut ingin bekerja bersama idolanya itu tanpa mengira skop pekerjaan termasuk sebagai tukang kebun.

Cium Pipi Sebagai Tanda Kasih 

Kongsi Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida mereka berasa begitu terharu kerana terdapat remaja yang begitu baik budi pekertinya sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengannya.

View this post on Instagram

Harini secara tiba-tiba seorang lelaki datang dirumah saya. Dan saya dibawa oleh pengawal keselamatan rumab saya..sy ingat perompak… . Dan dia cakap dia nak jumpa saya . Saya terkejut apabila dia datang tiba2 dengan bawa plastic gambar saya. Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga handsome..tak sangka dia oku . . Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya.. Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya.. Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih,kesian, confused semua ada… Apa patut saya buat sila comment dibawah….full vedio ada di yutube saya tv terlajak laris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Di dalam video itu juga, kelihatan Aliff melayan mesra remaja itu dengan menjamunya sebuah hidangan serta sempat mencium pipinya sebagai tanda kasih dan penghargaan usahawan itu.

Netizen membanjiri ruangan komen Instagram Aliff dengan memuji keikhlasannya malah ada diantara mereka yang akui turut mengalirkan air mata melihat video tersebut.