Pada April yang lalu, POS Malaysia Berhad telah melancarkan setem edisi khas Marvel, Batman, Disney dan Star Wars. Atas penangan ‘demam’ Marvel, POS Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Walt Disney Southeast Asia dengan melancarkan setem khas Marvel yang juga bersempena dengan penghargaan ulang tahun Marvel yang ke-80.

Mahu Tarik Generasi Muda

Selain Captain America dan Iron Man, antara koleksi Setem Marvel yang boleh diperolehi kelak adalah Thor, Loki, Spiderman, Dr Strange, Thanos dan banyak lagi. Menurut Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Pos Malaysia, Schrene Goh antara objektif lain penghasilan setem ini adalah bagi menarik minut generasi muda untuk mengumpul setem yang mana ianya merupakan satu hobi yang cukup popular suatu ketika dahulu.

BACA  Aliff Syukri Minta RM1 Untuk Bergambar! Ini Sebabnya

Edisi TerhadΒ 

Untuk mereka yang benar-benar meminati jenama Marvel ini, selain dari Setem, poskad juga turut dihasilkan. Koleksi ini boleh didapati dalam satu set folder lengkap yang terdiri daripada dua keping setem bertebuk, satu setem yang tidak ditebuk, dua keping penutup cenderamata, dua keping kad pos dan satu folder.

Siri setem Marvel edisi terhad ini hanya dihasilkan sebanyak 10,000 set folder dan mula dijual pada 4 Julai 2019 dengan pra-pembelian di 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara atau melalui talian di www.eziemall.com untuk RM120 setiap set.