Ketika ini, peminat sedang rancak bersembang mengenai filem Spiderman: Far From Home yang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Buat anda yang belum menonton, pastikan filem ini berada dalam senarai wajib tonton kerana bagi kami ianya penutup fasa 3 yang cukup membanggakan!

Gambar Bogel Tom Holland Tersebar 

Biarpun begitu, dalam kerancakan Spiderman: Far From Home menerusi laman Twitter peminat turut hangat memperkatakan mengenai bintang Spiderman, Tom Holland. Jika sebelum ini ramai yang memuji sikapnya yang begitu prihatin kerana sanggup membuat kejutan buat pesakit kanak-kanak di Hospital Seoul, kali ini satu berita sensasi kian tular di laman sosial itu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman Twitter, dia telah mendedahkan beberapa keping gambar bogel seorang lelaki dipercayai milik pelakon Hollywood itu.

Sekadar Suntingan? 

Dalam tiga keping gambar itu kelihatan Tom telah memuatnaik gambar bogel nya menerusi laman Insta-story dengan turut menunjukkan kemaluannya. Biarpun pada gambar itu tertera nama Instagram bintang Spiderman itu, namun peminat mendakwa ianya sekadar suntingan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana terdapat perbezaan logo verified dan gambar yang digunakan Tom di laman Instagram nya.

Malah hasil carian kami juga mendapati gambar tersebut telah diambil dari sebuah laman porno sebelum dikongsi menerusi laman sosial milik pengguna itu.