Jika anda masih ingat suatu ketika dahulu kemunculan radio Hot FM benar-benar memberikan kelainan baharu apatah lagi dibarisi dengan penyampai-penyampai radio yang hebat.

Bermula pada tahun 2006, Hot FM telah dibarisi oleh Faizal Ismail (FBI), Fara Fauzana, Kieran, AG, Ikhwan, Anne, Tini, Sharifah Aleya, Azura, Fiqrie dan Soraya. Kini, mengimbas kembali kenangan diantara mereka, Hangat.com rangkumkan 5 fakta-fakta menarik mengenai penyampai radio Hot FM yang asal!

1Reunion Selepas 13 Tahun

Siapa sangka, selepas 13 tahun kesemua penyampai radio ini berkumpul kembali di slot DBilique yang diadakan baru-baru ini bersempena dengan Aidilfitri. Malah hampir kesemua mereka dapat berkumpul, mengimbas kembali kenangan-kenangan sewaktu bekerja dibawah satu bumbung suatu ketika dahulu. Malah ‘reunion’ mereka ini juga membuatkan rata-rata peminat berasa terharu kerana dan turut akui bahawa mereka merupakan pendengar setia setiap slot dibawah penyampai-penyampai radio ini.

2Azura Suara Gadis Yusuf Taiyoob

Rasanya sudah ramai yang mengetahui pemilik sebenar suara gadis yang berbisik menerusi iklan kurma Yusuf Taiyoob. Benar! suara itu sebenarnya adalah suara Azura atau nama sebenarnya Nik Nor Azura Nik Mahmood. ‘Yusuf Taiyoobbb..”

3Paling Sekejap & Paling Lama Berkhidmat

Berdasarkan rekod, Fiqrie merupakan bekas penyampai radio Hot FM yang paling sekejap berkhidmat di stesen radio itu iaitu selama 2 tahun manakala Ikhwan telah berkhidmat paling lama di stesen radio itu bermula dari tahun 2006 sehinggalah ke tahun 2016 sebelum menyertai Kool FM selama setahun.

4Berjaya Meraih Kedudukan Stesen Radio No 1 Negara

Meskipun baru bertapak ketika itu, pada tahun 2009, Hot FM berjaya mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya menduduki tempat teratas di kalangan semua stesen radio di Malaysia dengan 3.8 juta pendengar mingguan, sekaligus berjaya mengatasi musuh tradisinya Era FM yang hanya meraih 3.76 juta pendengar mingguan.

5Slot Popular

Setiap kali mendengar Hot FM, sudah pastinya terdapat beberapa segmen yang begitu popular dan masih diingati sehingga ke hari ini. Antara segmen-segmen tersebut adalah Panggilan Hangit, English Hot, HotFM Jam dan banyak lagi!