Pelbagai sorotan kisah di dalam sebuah naskhah merupakan kebiasaan buat sesetengah filem di Thailand, terutamanya bagi genre seram. Kali ini Hangat.com dengan kerjasama GSC Movies sekali lagi akan menganjurkan tayangan awal filem seram Thai berjudul Curses.

3 Buah Kisah Seram Dalam Curses

Menyingkap 3 buah kisah seram dalam Curses- Wicked, Tattoo dan Wife Curse, ketiga-tiga filem ini menjurus kepada kisah sihir yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Bermula dengan kisah amalan sihir yang diamalkan ketika zaman Raja Siam, seterusnya penonton bakal diperlihatkan sihir yang diperturunkan ke dalam pengacahan tatu di badan dan juga dendam kesumat si isteri kepada suami yang sememangnya membuatkan penonton berasa meremang bulu roma sepanjang menonton filem ini!

30 Pasang Tiket Untuk Dimenangi 

Khas untuk pembaca setia Hangat.com, sebanyak 30 pasang tiket akan diberikan buat anda untuk menjadi yang terawal menonton filem seram ini.

Tayangan awal filem ini akan diadakan pada 23 Julai 2019 (Selasa) bertempat di GSC Paradigm Petaling Jaya jam 9 malam. Perlu diingatkan, buat anda yang menang tiket ini, anda wajib memberi ulasan/review selepas menonton filem ini beserta hashtag yang diberi!

  • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatmalaysia dan twitter @hangatmalaysia
  • Selepas menonton, kongsikan ulasan anda mengenai filem ini di sosial media dan tag Hangat.com beserta #HangatMalaysia #GSCMovies
  • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif
  • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
  • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 22 Julai 2019
  • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Pemenang akan dihubungi pihak Hangat.com
  • Pemenang dikehendaki datang menuntut tiket filem tayangan pratonton filem di GSC Paradigm Mall Petaling Jaya pada 23 Julai bermula jam 8.20 malam hingga 8.50 malam.
  • Sebarang kelewatan tuntutan tiket selepas jam 9 malam TIDAK AKAN DILAYAN
  • Sebarang ketidakhadiran perlu dimaklumkan secepat mungkin