Jika Power Rangers punyai kenderaan nya tersendiri begitu juga dengan adiwira-adiwira Marvel ini. Biarpun tidaklah didaftar atas nama mereka dengan kenderaan tersebut, namun ada diantaranya sudah sinonim dengan kenderaan itu sehingga ianya turut mendapat tempias.

11 Kenderaan Yang Diguna-Pakai Dalam Filem Adiwira Marvel

Dalam pada kerancakan filem-filem ini mendapat sambutan hangat, kebanyakan jenama automotif dengan suka hati untuk menaja beberapa kenderaan mereka termasuk edisi yang belum dipasarkan kerana mereka tahu dengan membuat ‘product placing’ secara tidak langsung ada diantara peminat automotif akan cuba menyelidik apakah kenderaan-kenderaan yang digunapakai mereka. Perasan atau tidak, inilah diantara 11 kenderaan digunakan oleh Adiwira ini termasuklah menerusi filem Spiderman : Far From Home.

1Audi e Trone Quattro 2019 (Avengers)

Jika anda perasan di dalam filem Avengers : EndGame terdapat dua buah kenderaan Audi telah diguna pakai.Salah satu nya jelas kelihatan menerusi babak yang mana Steve Roger, Natasha Romanov dan Scott Lang menziarahi Tony Stark di rumah agamnya. Model tersebut adalah Audi e Trone Quattro 2019

2Audi GT e Tron (Iron Man)

Dengan statusnya sebagai salah seorang jutawan, Audi juga merupakan jenama kereta kegemaran Tony Stark sejak tahun 2008. Bermula dengan R8 sehingga Audi GT e Tron, model e-tron ini dianggarkan harganya mencecah $74,800 bersamaan RM 309,335.40

3Ford Econoline 1972 (AntMan)

Old but gold! Van jenis Ford Econoline 1972 ini merupakan penyelamat bagi Antman dan para Avengers! Berfungsi sebagai makmal rahsia adiwira ini, ianya bagaimanapun telah dimusnahkan oleh Thanos ketika pertarungan di dalam EndGame.

4Chevrolet Tahoe GMT 921 (Nick Fury)

Sebagai seorang agent rahsia, sudah pastinya dia memerlukan sebuah kenderaan yang cukup canggih dan berkuasa. Oleh itu Nick Fury telah memilih Chevrolet Tahoe (GMT 921) yang dilengkapi perisai kalis peluru, perisian pemanduan automatik khas dan pelancar roket.

5Lexus LC 500 (Black Panther)

Raja Wakanda, T’Challa sememangnya seorang yang kaya. Tidak hairanlah para Avengers menumpang perlindungan di negara ini apabila diserang tentera Thanos. Mengimbas kembali salah satu babak aksi Black Panther, dia pernah menggunakan kerta Lexus, LC 500 yang mempunyai kotak gear dengan 10 kelajuan.

6Lamborghini Huracan (Dr Strange)

Masih ingat bagaimana Dr Strange mendapat kuasa? Benar! Sebelum mendapat kuasa, dia terlebih dahulu ditimpa kemalangan akibat daripada hilang keupayaan saraf. Ketika itu dia sedang memandu kereta mewah Lamborghini Huracan dan malangnya ianya turut musnah dalam kemalangan itu.

7Chevrolet Corvette Stingray C7 (Black Widow)

Biarpun hanya muncul seketika, namun Black Widow kelihatan cukup seksi memandu Chevrolet Corvette Stingray C7 di dalam filem Captain America : Winter Soldier. Sama seperti Nick Fury, kami menjangkakan kereta mewah ini turut direka khas dengan pelbagai teknologi dan senjata untuk melindungi adiwira ini.

8Chevrolet Impala SS (Nick Fury)

Juga kereta kepunyaan Nick Fury! Sebelum dikenali ramai, menerusi filem Captain Marvel dia terlebih dahulu memandu Chevrolet Impala SS 1996 dan Captain Marvel ataupun nama sebenarnya Carol Danver turut pernah menaiki kereta ini bersama-sama rakan karibnya itu.

9Harley Davidson Street 750 (Captain America)

Motorsikal ini cukup popular dan sinonim dengan Captain America. Dikhabarkan kelebihan motor ini ialah bunyi yang dihasilkan adalah bunyi signatur asal enjin berkembar V Harley dan didendangkan dengan bunyi ekzos yang merdu.

10Harley Davidson LiveWire (Black Widow)

Berbanding kereta, Black Widow sememangya gemar menunggang motorsikal dan kemampuannya dalam mengendalikan motorsikal berkuasa tinggi tidak perlu disangkal lagi. Buktinya di dalam Avengers 2, Natasha membawa Harley Davidson LiveWire dengan penuh aksi!

11Audi E-Tron Terkini (Nick Fury)

Di dalam Spider-Man : Far From Home, kelihatan Nick Fury turut muncul secara tiba-tiba dengan memandu sebuah kereta audi. Tidak dapat dipastikan edisi model tersebut, namun jelas kelihatana ianya merupakan sebuah Audi E-Tron terkini.