Bagaikan sebuah ‘trend’, boleh dikatakan hampir setiap bulan ada sahaja berita sensasi melibatkan selebriti lelaki yang mana terlibat dengan isu video lucah. Malah jika dilihat, kesemuanya melibatkan selebriti lelaki.

Video Aksi Ghairah Iras Iqram Dinzly

Terbaharu, menerusi pendedahan yang dibuat di laman Twitter terdapat sebuah video lelaki yang sedang ghairah melakukan adegan lucah yang sengaja dirakamnya. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut dikatakan mempunyai iras pelakon sensasi Iqram Dinzly.

Sengaja Cari Publisiti? 

Dalam pada itu, selain terkejut dengan video berkenaan, rata-rata pengguna media sosial juga tidak menolak bahawa sekiranya benar lelaki berkenaan adalah Iqram, ianya seolah-olah sengaja mencari publisiti memandangan dia tidak lagi aktif dalam industri hiburan.

Selain itu, segelintir daripada mereka turut berasa kasihan kerana beranggapan pelakon ini tidak sihat dan memerlukan rawatan yang sewajarnya. Adakah benar lelaki berkenaan Iqram? Menerusi hasil carian kami mengenai gambar terkini nya di laman Instagram juga tidak berhasil apabila mendapati dia sudah lama tidak aktif dalam sosial media berkenaan.