Semalam, satu berita sedih telah menggemparkan industri hiburan Hollywood yang mana pelakon remaja terkenal, Cameron Boyce telah disahkan meninggal dunia.

Meninggal Dunia Ketika Tidur 

Punca kematian Bintang Disney yang berusia 20 tahun itu dipercayai akibat serangan sawan ketika sedang tidur. Terdahulu, pelakon yang popular menerusi filem ‘Mirrors’ dan Grown Ups 2 in telah menjalani rawatan bagi menangani masalah kesihatan tersebut. Pemergian pelakon ini cukup dirasai peminat apatah lagi mendiang merupakan antara pelakon yang sedang mencipta nama.

Terima Penghargaan

Sebelum ini, beliau sering kali terlibat dalam pelbagai aktiviti-aktiviti amal. Malah dengan penglibatannya itu, dia telah diberikan penghargaan dengan menerima Pioneering Spirit Award di Thirst Gala pada tahun lalu atas usahanya berjaya mengumpul dana sebanyak AS$30,000 (RM124,077) bagi membina telaga yang menyalurkan air bersih di Swaziland, Afrika Selatan.

BACA  Dimasukkan Ke ICU! Sheila Mambo Mohon Peminat Doakan Mak Engku