Sebelum ini, pelakon Abby Abadi seolah-olah memberi bayangan bahawa sedang hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Faizal Zakaria. Namun berita tersebut yang mula ‘dihidu’ peminat sejak awal bulan lepas belum dikongsi pasangan itu secara rasmi biarpun spekulasi berkenaan hangat diperkatakan.

Sahkan Berita Hamil

Terbaru, menerusi perkongsian yang dibuat Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mengenai perubahan saiz badannya secara tidak langsung dia telah mengesahkan berita kehamilan sebelum ini. Menjelaskan punca mengapa berat badannya naik, menurut Abby mengandung di usia 40-an bukanlah mudah apatah lagi kali terakhir dia melahirkan anak ketiganya hasil perkahwinan terdahulu adalah padah 11 tahun yang lalu.

Berdebar Hamil Di Usia 40-An

Jelas Abby lagi, kandungannya itu kini sudah mencecah lebih dari tiga bulan dan turut mengharapkan agar diberikan kekuatan untuk melahirkan zuriatnya yang keempat kelak. Tambah Abby, berkemungkinan ini adalah kali terakhir dia ingin hamil selain meminta doa yang terbaik dari pengikutnya. Terdahulu, bintang Gerak Khas itu pernah mengalami keguguran ketika kandungannya memasuki bulan ke lima pada 2017.

View this post on Instagram

Zaman Kemeriahan Mama πŸ˜…πŸ€£ 2010 kalau tak silap . Kurus melepppss lagi masa ni. Nak bgtaunya sy gemmms bukan sbb beranak ye tp kuat melantak πŸ˜πŸ˜‚ Sebab dulu2 maintain je Sy. Sebelum kahwin lagi kurus macam isap ganja haha.. (ehh ye ke isap ganja kurus? πŸ˜…πŸ˜) Lepas kurang aktif dalam industri, berjubah 24/7, masa tu selalu rasa terlebih tenang, buat kerja ikut masa sendiri, rasa semua takde masalahlahhh.. walhallll!!! …dalam tak sedar, makin memboyak… 😬πŸ€ͺ . Sibuk jaga solat, jaga aurat.. lupa nk jaga berat πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜­ Bila dah memboyak, salahkan jubah besar pulak dah hahaha…. jubah dah tentu longgar kan? Sendiri la salah, sbb makan tak jaga + kurang minat bersukan.. sibuk membela lemak beberapa tahun, naik 30kg teruss huhu πŸ™ŠHaritu dah berjaya turun dekat 10kg.. skrg naikkk balikkk.. yeeha! Hehe.. baru 3bulan lebih baby dalam perut. Kalau 9bulan nnti capai 100kg, mmg nyorok lah jawabnya. Tutup IG sekejap hahaha.. sengal πŸ€£πŸ™Š . Doakan kita tau. Mengandung di usia 40an ni nerbesss je rasa. Memang berisiko. Dgn darah tingginya lagi. Doakan ada rezeki yg terakhir kali ni ye. Semoga berjaya melahirkan aminnnn… πŸ™Š

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11. Abby dan Norman berpisah pada 2008. Bersama Faizal pula, pasangan itu mengambil sepasang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun.