Sebelum ini tular mengenai kontroversi membabitkan dua selebriti Indonesia yang juga bekas pasangan suami isteri, Galih Ginanjar dan Fairuz A.Rafiq. Dalam kes tersebut hangat memperkatakan mengenai Galih yang menghina kemaluan Fairuz secara terbuka menerusi sebuah wawancara yang mengatakan berbau seperti ikan masin.

Nafi Bau Ikan Masin Rujuk Pada Bau Kemaluan

Dalam pada itu, pelakon berkenaan telah ditahan untuk siasatan selama hampir 13 jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya sambil ditemani peguamnya, Rihat Hutabarat. Jelas Galih ketika ditemui media tempatan selepas daripada soal siasat tersebut, dia menafikan bahawa kenyataan bau ikan masin yang diperkatakannya itu bukanlah merujuk kepada alat sulit bekas isterinya seperti tanggapan netizen sebelum ini.

Keluarga Mahu Tegakkan Keadilan 

Terdahulu, Fairuz telah membuat laporan polis kepada bekas suaminya itu diatas sebab mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan maruahnya. Malah seluruh keluarga Fairuz turut berang dan bersama-sama mahu menegakkan keadilan buatnya. Fairuz dan Galih telah berkahwin pada 2011 namun telah disahkan bercerai pada tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.