Sememangnya, wajah selebriti ini sudah lama tidak muncul dalam mana-mana drama bersiri apalagi dalam filem.  Hakikatnya, Dato’ Hans Isaac terlalu sibuk dengan imejnya sebagai ahli korporat yang berjaya lagi-lagi selepas dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Meski sibuk dengan urusan pekerjaan, Hans tetap meluangkan masa untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain sukan menyelam skuba, ternyata Hans juga meminati sukan permotoran.

Terbaru, Hans yang merupakan Rakan Selebriti Caltex Malaysia telah mencabar dirinya untuk mendaki bukit Cameron Highlands dengan memandu Proton Saga tahun 1985 bersama sahabatnya bernama Man. Ditanya mengapa beliau melakukan cabaran tersebut, ini sebabnya!

Terinspirasi Dari Natasha Chang

View this post on Instagram

I’m OFFICIALLY AMAZING! We came, we saw, and we broke a Guinness World Record™️ What an amazing experience; Thailand, Exploring with National Geographic, the guys at Phat Garage, the crazy challenge of Fastest ascent up Doi Chang mountain by car. Thank you to our crew, for showing and teaching me so much about television, that was an experience in itself. Of course #Caltex with #Techron for hosting, and giving me what was needed to complete the challenge. Thank you @kcmontero for being so cool, and helping me through all the hard stuff. Here’s a trade- you teach me to act, I teach you to drive?! 😝 . I DID IT!!! Dolly’s in the Guinness World Records book! #OfficiallyAmazing #JamaicaToTheWorld 🇯🇲 . #RecordRides #ChineyDolly #GuinessWorldRecord #Caltex #Techron #Power #NatGeo #NatGeoAsia

A post shared by Natasha Chang (@chiney_dolly) on

Hasrat Hans ini terinpirasi dari kejayaan CALTEX melalui Chevron Malaysia Limited yang berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness, rekod pendakian terpantas yang pertama di jalan berbukit Doi Chang yang dilakukan oleh Natasha Chang, pelumba profesional dari darah campuran China & Jamaica yang kini tinggal di Amerika Syarikat.

Saat rekod tercipta, Natasha memandu kereta berusia 28 tahun yang diisi bahan api Caltex dengan Techron melalui kawasan berketinggian 1,000 meter dari paras laut sejauh lapan kilometer (km) yang menyaksikan Natasha mencatatkan masa 6 minit 52.69 saat. Hal ini membuatkan Hans mahu menguji sendiri minyak Caltex dengan Techron.

Proton Saga Kereta Pertamanya

Ditanya mengapa memilih kereta Proton Saga tahun 1985, Hans berkata model itu merupakan kereta pertamanya dan dia mahu membuktikan bahawa minyak Caltex mampu memberikan kuasa maksimum pada kenderaan lama. Hans bakal melakukan cabaran satu tangki minyak penuh untuk perjalanannya mendaki bukit Cameron Highland.

Caltex dengan Techron diformulasi khas bagi membuatkan enjin kenderaan sentiasa bersih dan menghapuskan kekotoran akibat daripada komponen di dalam enjin, sekali gus menghasilkan prestasi terbaik buat kenderaan.