Pada Ahad lalu tular di media sosial mengenai sebuah babak drama berjudul Silang yang ditayangkan di TV3. Drama yang dilakonkan oleh Nazim Othman dan Emma Maembong dibawah produksi JS Pictures Sdn Bhd milik Sheila Rusly dan suami, Jinggo Azman mencuri perhatian apabila dalam drama itu kelihatan gambar perkahwinan Nazim bersama bekas isteri nya yang juga pelakon, Bella Dally.

Gambar Perkahwinan Bella Disunting 

Biarpun begitu, wajah Bella telah disunting dengan menggantikan wajah Emma pada gambar tersebut. Perkongsian oleh netizen di laman sosial itu ternyata telah tular malah ada sesetengah daripada mereka mengecam sikap produksi yang dikatakan tidak sensitif pada isu tersebut selain menyifatkan ianya sebagai kerja ‘sambil lewa’

BACA  PU Syed Diserang Peminat K-Pop Gara-Gara Gelarkan BTS Sebagai 'Syaitan'

Minta Penjelasan Sheila 

Menyusuli kontroversi itu, Bella menerusi laman Instagram akui tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat produksi tersebut malah turut memberitahu telah menghubungi Sheila bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut Bella dia hanya ketahui akan perkara tersebut selepas diberitahu oleh kenalannya.

Sudah Maafkan 

Bersikap professional atas perkara tersebut, Sheila turut memperakui akan kesilapan dari pihak nya malah dia mewakili seluruh produksi JS Pictures Sdn Bhd memohon maaf kepada Bella. Jelas Bella, isu tersebut telah pun diselesaikan dan dia telah memaafkan mereka kerana beranggapan sebagai manusia biasa pasti tidak akan lari daripada kesilapan.

Tambahnya lagi, dia mengharapkan agar isu tersebut akan menjadi pengajaran dan berharap mana-mana pihak tidak mengambil mudah perkara sebegitu dan mengambil kesempatan. Hasil carian terkini kami turut mendapati Bella telah memadam kenyataan tersebut di laman Instagram nya.

BACA  Rozita Che Wan Jawab Persoalan Berhijab Hanya Untuk Fesyen?