Seorang netizen di laman Twitter meluahkan rasa teruja nya apabila dapat bertentang mata dengan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Teruja Nur Sajat Jadi Penumpang ‘Grab’ 

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Izsati merupakan seorang pemandu Grab secara sambilan dan berkongsi perasaan teruja bersama pengikutnya di laman sosial itu apabila Sajat telah menaiki kereta miliknya sebagai penumpang. Menurutnya, dia begitu kagum melihat kecantikan usahawan itu meskipun dia hanya berbaju tidur. Perkongsian tersebut turut tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna Twitter.

Sajat Bersyukur Dalang Pecah Amanah Diberkas 

Dalam perkembangan lain, Sajat menerusi laman Instagram nya pula telah memanjatkan rasa syukur apabila seorang individu dikatakan telah ditangkap polis dipercayai kerana terlibat dalam kes pecah amanah di syarikat miliknya.

Memberi bayangan bahawa kes tersebut hampir sampai ke penghujungnya, Sajat turut berkongsi gambar dimana dia berada di sebuah Balai Polis di Shah Alam bagi memberi kenyataan berkenaan sebuah isu. Terdahulu, bekas stokis Nur Sajat, Suzyyana binti Sulaiman telah memfailkan saman terhadapnya selepas dikatakan terdapat unsur fitnah yang dibuat oleh usahawan itu kononnya bengkung yang dijualnya adalah palsu sedangkan ia adalah bengkung asli yang dibeli secara sah sebagai stokis.