Lagi pendedahan yang dibuat oleh netizen! Selepas pelakon lelaki popular dikaitkan dengan penularan video aksi lucah di media sosial, satu lagi video aksi lucah turut hangat diperkatakan.

Video Phone Sex Chef Selebriti Tular 

Dalam video berdurasi 41 saat itu, kelihatan seorang lelaki dipercayai berumur berusia 50-an sedang ghairah melakukan beberapa aksi lucah menerusi perbualan rakaman video telefon bersama seorang wanita. Lebih mengejutkan, wajah lelaki tersebut dipercayai mempunyai iras seorang chef selebriti popular tanah air.

Netizen Terkejut 

Sejak tular di media sosial, rata-rata netizen tidak menyangka bahawa seorang chef yang begitu dikenali akan melakukan perkara yang sedemikian apatah lagi memikirkan usianya.

Malah ada juga yang tidak menolak sebagai seorang manusia biasa, dia pasti tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Adakah benar lelaki tersebut merupakan chef selebriti seperti yang didakwa atau sekadar pelanduk dua serupa?