Siapa sangka bermula daripada sahabat karib, kini kedua-duanya bermusuhan apabila wujudnya cinta tiga segi diantara mereka. Suatu ketika dahulu, peminat sedia maklum bahawa Maia Estianty dan Mulan Jameela pernah bersatu menerusi duo kumpulan Ratu sebelum berpecah. Lebih menghangatkan keadaan, Mulan kini telah berkahwin dengan bekas suami Maia, Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa 19.

Maia Kemurungan Angkara Mulan Jameela 

Ekoran itu, Maia mengalami kemurungan yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan khidmat pakar psikiatri selepas mengetahui perbuatan curang bekas suaminya yang menjalinkan hubungan cinta bersama rakannya sendiri. Malah akui Maia, sudah beberapa tahun ‘batin’ nya terseksa selepas mendapat tahu akan perkara tersebut. Ketika itu, Maia diberi pilihan untuk kembali bersama Ahmad Dhani sekiranya dia bersetuju untuk berpoligami.

“Sebelum ini saya berasa sangat tertekan. Sudah beberapa tahun batin saya menderita disebabkan oleh perampas”

Semakin Pulih

Biarpun begitu, Maia kini semakin pulih dari kemurungan malah turut berasa bahagia selepas bercerai. Menyifatkan apa yang terjadi selama ini adalah ujian dari Tuhan, Maia sempat memberi komen sinis dengan beranggapan perbuatan jahat akan menerima balasan setimpalnya apatah apabila bekas suaminya itu kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosialnya.

BACA  Langgar Kontrak? Harith Iskander Disaman RM 41 Juta!

Maia memutuskan untuk bercerai dengan penyanyi itu pada tahun 2008 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga bersama.