Rambut Biru! 8 Gambar Penampilan Terkini Tegar Septian Yang Semakin ‘Stylish’

1.5K

Lagunya yang berjudul ‘Aku yang dulu bukanlah yang sekarang’, pernah hits dan mencetuskan fenomena suatu masa dulu di Malaysia di sekitar tahun 2013. Lagu itu tak lain dan tak bukan dibawakan oleh seorang penyanyi cilik bersuara merdu bernama Tegar Septian.

Bakat Tegar telah disedari sejak dia menjadi pengamen atau penyanyi jalanan. Tegar kini menjelma sebagai penyanyi yang begitu sibuk dengan persembahan pentas. Sejak saat itu, kehidupan Tegar diketahui sangat berubah drastik, dari seorang penyanyi jalanan menjadi artis popular.

Tegar telah merilis album sendiri dan tampil dalam berbagai acara. Selain itu, dia juga diketahui aktif membuat video cover lagu di akaun YouTube.

Ternyata kini Tegar beranjak dewasa dan penampilannya sekarang terlihat cukup berubah drastik dibandingkan pada saat awal kemunculannya. Kejayaannya di dunia muzik membuat penampilannya semakin terlihat kemas dan juga stylish.

Pada tahun ini, Tegar sudah berusia 17 tahun. Memasuki usia remaja ini, Tegar kini dilihat gemar berfesyen dan terbaru beliau mengubah gaya rambutnya dengan warna biru. Mengenai perkembangan terbaru, Tegar baru saja memuatnaik video cover lagu berjudul Hanya Rindu oleh Andmesh di laman Youtube. Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah mendapat tontonan lebih 1.4 Juta kali.

Artikel Sebelumnya5 Koleksi Motor Mewah Bradley Cooper, Nombor 3 Zizan Razak Pun Ada!
Artikel Seterusnya4 Fakta Menarik Mengenai Aplikasi Terbaru Spotify Lite
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.