Sebelum ini kita sering kaitkan jenama barang perhiasan ini dengan Neelofa, namun kali ini mengenai kehidupan anak perempuan bos Swarovski pula. Dikenali dengan nama Victoria Swarovski, beliau merupakan pewaris perniagaan kristal yang paling terkenal di dunia itu.  Dilahirkan dari keluarga kaya dan bergelimang dengan harta, tak hairanlah jika kehidupan Victoria sangat glamour.

Victoria yang kini berusia 25 tahun ingin mengikut jejak ayahnya untuk membina empayarnya sendiri tanpa terlibat dalam perniagaan milik keluarga besarnya.

Pernikahan Mewah

Dilahirkan dari keluarga kaya, hidup Victoria Swarovski boleh dikatakan sangat sempurna. Dia memiliki semua impian wanita lain. Cantik, kaya, boleh menyanyi, menjadi bintang TV dan boleh mereka baju sendiri.

Dia juga berjaya menyempurnakan pernikahan impiannya yang berlangsung beberapa tahun lalu. Semua itu sangat dicemburui oleh para wanita di luar sana.

Bernikah dengan Werner Muerz , Victoria Swarovski memakai gaun pengantin mewah berharga RM4 Juta. Memetik dari majalah Brides, gaun yang dipakai oleh Victoria dihiasi 500,000 kristal Swarovski dengan berat 100 pound atau sekitar 45 kg. Berat kan?

Gaun sepanjang 26 kaki ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Michael Cinco.

Perniagaan Pelaburan Hartanah

Suaminya bekerja di bidang pelaburan hartanah, tak hairanlah jika hidupnya bak tuan puteri kisah dongeng. Kini Victoria menjalani pekerjaan yang jauh dari perniagaan keluarganya.

Dia selesa dikenali sebagai penyanyi. Ketika berusia 12 tahun, Victoria sudah jadi penyanyi sekaligus penulis lagu. Label rakaman Sony sudah melamarnya dan pada usia 15 tahun, Victoria telah menandatangani kontrak dengan label syarikat rakaman tersebut.

Selain menyanyi, Victoria juga pandai menari, dia pernah tampil di pertandingan menari ‘Let’s Dance’.

Begitulah kehidupan mewah Victoria Swarovski yang pastinya membuatkan ramai orang cemburu. Untunglah!

Artikel Sebelumnya4 Fakta Menarik Mengenai Aplikasi Terbaru Spotify Lite
Artikel Seterusnya5 Fakta Mengenai K-Clique Yang Peminat Perlu Tahu
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.