Awal minggu ini, penonton bersorak gembira apabila watak animasi yang ditunggu-tunggu kini secara rasmi nya ke layar perak. Selepas dipertontonkan trailer awal filem yang akan ditayangkan pada Mac tahun hadapan, rata-rata peminat mula ‘intip’ gerangan pelakon cantik yang memegang watak Mulan, Liu Yifei.

5 Perihal Mengenai Si Mulan 

Kami percaya ramai diantara peminat masih belum mengenali siapakah Yifei yang sebenarnya dan barangkali Mulan akan melonjakkan namanya sama seperti pelakon-pelakon baharu yang lain. Hangat.com singkapkan 5 perihal mengenai pelakon cantik ini.

1Kalahkan 1000 Calon Mulan

Sama seperti Mulan,Yifei turut mengalami kesukaran pada permulaan saringan bagi watak Mulan! Siapa sangka seramai 1000 orang calon pelakon telah menjalani ujibakat Mulan dan dengan kebolehan Yifei yang verstail, mereka telah temui Hua Mulan yang sebenar!

2Punyai Banyak Nama Samaran

Bintang yang berasal dari Wuhan, China ini sememangnya punyai pelbagai nama samaran. Selain dikenali sebagai Yifei dan Crystal Liu, bintang ini turut menerima gelaran ‘Fairy Sister’ kerana perwatakannya yang begitu manis seperti seorang bidadari.

3Berlakon Dengan Jackie Chan & Jet Li

Biarpun nampak manis, siapa sangka si manis ini mempunyai skil yang cukup bagus dalam seni mempertahankan diri. Tidak hairanlah dia pernah digandingkan bersama Jackie Chan dan Jet Li menerusi filem The Forbidden Kingdom suatu ketika dahulu. Hebat!

4Fasih Dalam Beberapa Bahasa

Beauty with brain! Yifei bukan sahaja boleh bertutur dalam bahasa ibunda dan bahasa Inggeris, malah beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Korea dan Jepun.

5Memulakan Karier Sebagai Seorang Penyanyi

Sebelum dikenali ramai sebagai seorang pelakon, Yifei terlebih dahulu mencuri perhatian dalam bidang nyanyian. Buktinya, dia memiliki dua buah album terbitan bersama Sony Music Entertainment. Percaya atau tidak, menerusi album keduanya terdahulu, Yifei turut mempunyai sebuah album dalam bahasa Jepun.