Teka teki mengenai konflik rumahtangga pasangan selebriti Fizo Omar dan isteri, Mawar Karim akhirnya terjawab hari ini apabila pasangan itu telah disahkan bercerai.

Cerai Talak 1 

Menerusi laporan media tempatan sebentar tadi, Fizo atau sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar telah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassa di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini. Permohonan cerai itu telah dibuat oleh Mawar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Punca Masalah Keluarga 

Menurut sumber ketika prosiding dijalankan, Fizo menjawab setuju untuk melepaskan Mawar selepas Hakim bertanyakan Fizo adakah dia bersetuju untuk menceraikan isterinya dan pelakon itu menjawab dia bersetuju kerana akui sudah tiada keserasian serta persefahaman antara mereka sejak beberapa tahun lalu.

BACA  Sampai Pinjam Seluar! Fizo Omar Imbas Pengalaman Bersama Kamal Adli

Menolak orang ketiga sebagai puncanya,faktor perceraian itu dikatakan kerana permasalahan keluarga. Suasana di mahkamah turut bertukar sedih apabila Fizo dan Mawar saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri. Fizo dan Mawar telah bernikah pada November 2013 dikurniakan seorang cahaya mata bernama Wan Maryam berusia dua tahun.