Adakah anda pengguna mesin pencetak HP? Pernahkah anda membeli katrij baru, kemudian tiba-tiba mesin pencetak rosak atau cetakannya tidak memuaskan?

Jika itu yang terjadi mungkin anda salah membeli katrij pencetak yang ternyata katrij yang palsu.

Biarpun seringkali lebih murah, namun barang palsu semestinya tak berkualiti dan akan menghasilkan cetakan yang kurang bagus atau boleh merosakkan pencetak. Berikut 5 alasan mengapa anda sebaiknya pakai katrij asli dari HP.

1Kualiti Rendah

Foto: IT Pro

Dalam penghasilan sesebuah katrij tiruan, ia tidak mempunyai apa-apa komponen dari HP dan sudah pasti kualiti warna yang di cetak menggunakan katrij tiruan sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan yang di cetak menggunakan katrij yang asli. Kesudahannya katrij tiruan akan berakhir di tempat pembuangan sampah.

2“Benda boleh kitar semula, Kenapa nak buang?”

Produk yang lebih mesra alam sememangnya aka menjadi pilihan pembeli yang ingin memelihara alam sekitar.  Tetapi ini tidak akan berlaku kepada produk katrij tiruan!

Untuk makluman anda, perniagaan katrij tiruan tidak menyertai mana-mana program kitar semula seperti yang dilakukan oleh HP pada masa ini.

3Boleh Merosakkan Mesin Pencetak Anda & Bazir Wang

Foto: Cartridge World

Menggunakan barangan mencetak tiruan boleh memberikan risiko yang serius dan boleh menyebabkan kerugian kepada pengguna kerana membaiki kerosakan. Kan dah bazir banyak wang!

4Tiada Lagi Waranti Jika Guna Katrij Tiruan

Jika mesin pencetak Hp anda  ada masalah, anda tiada jaminan waranti untuk ke pusat pehidmatan HP ya! Ini mereka boleh mengenalpasti dari katrij yang dipakai didalam bukan 100% Asli. Jadi jika ada kerosakkan tanggunglah sendiri ya!

5Menyokong Organisasi Jenayah

Foto: BH Plus

Tanpa anda sedar, sekiranya anda menggunakan katrij tiruan, anda sebenarnya menjadi penyokong organisasi jenayah. Seperti yang dilaporkan oleh Utusan sebelum ini, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah merampas sebanyak 2,000 unit peralatan memproses dakwat katrij tiruan bernilai RM600,000 di dalam sebuah serbuan.  Antara barang rampasan yang berjaya diperolehi melalui serbuan ini termasuklah katrij siap dan belum siap, bahan pembungkusan dan juga pelbagai set label.

Jika sabit kesalahan, syarikat terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perih al Dagangan iaitu denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang dan bagi kesalahan berikutnya, denda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu.

Maka dari itu jangan tergiur dengan harga yang murah, kerana di kedai rasmi tidak meletakkan harga yang terpaut jauh dari harga rasminya. Jadi tiada lagi alasan untuk anda membeli katrij tiruan lagi.