Selepas membuka akaun Instagramnya sendiri, Rihana Petra atau nama asalnya Oksana Voevodina sering berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya. Bahasa yang digunakan cukup jelas dan mudah difahami oleh pengikutnya.

Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai detik pertemuan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, terbaru Rihana berkongsi sedikit tentang rahsia peribadinya yang belum pernah didedahkan sebelum ini.

View this post on Instagram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengikut yang dihormati. Saya ingin memberitahu sedikit sebanyak mengenai diri saya. Nama saya Oksana dan saya dilahirkan pada 10hb Julai 1992 di Astrakhan, Rusia. Hari ini adalah hari jadi saya yang ke 27. Saya membesar dan juga bersekolah di Taganrog, daerah Rostov-on-Don. Semasa remaja, saya pergi ke ‘Summer School’ di Oxford untuk belajar Bahasa Inggeris. Pada 2009, saya berpindah ke Moscow dan menjadi pelajar di ‘Plekhanov Russian University of Economics’. Saya mendapat ijazah sarjana muda ekonomi pada tahun 2013. Pada tahun 2015, saya memenangi pertandingan ratu kecantikan ‘Miss Moscow’. Tidak lama kemudian, saya menceburi bidang industri fesyen. Saya mencipta jenama pakaian renang saya sendiri. Pada masa yang sama, saya belajar di ‘Moscow School of Radio and Television’. Pada tahun 2016, saya telah dianuggerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan. Saya seorang pakar dalam pemasaran antarabangsa. Pada tahun yang sama, saya membuka salon kecantikan di Moscow. Pada tahun 2017, saya berpindah ke Kuala Lumpur. Saya berkahwin pada bulan Jun 2018 dan pada bulan Mei 2019, saya melahirkan anak saya Ismail Leon- Tengku Mahkota Kelantan, dan insyallah bakal Raja Kelantan. Dear followers…I want to tell you a little bit about myself. My name is Oksana. I was born on 10th July 1992 in Astrakhan, Russia. Today is my birthday, I’m 27 years old. I spent my childhood and graduated from school in Taganrog, Rostov-on-Don region. As a teen I went to Oxford summer school to study English. In 2009, I moved to Moscow and became a student at Plekhanov Russian University of Economics. I graduated with a Bachelor's degree in economics in 2013. In 2015, I won the beauty contest "Miss Moscow". Then i created my own swimwear and beach fashion brand. At the same time, i studied at Moscow school of radio and television.

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Dengan memuatnaik beberapa gambarnya sewaktu kecil, Rihana turut menitip doa semoga anaknya Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra bakal menjadi Yang di pertuan Agong pada suatu masa nanti.

1Dibesarkan Di Taganrog

Foto: Wikipedia

Wanita berusia 27 tahun ini membesar dan juga bersekolah di Taganrog, daerah Rostov-on-Don, Rusia. Ketika dia memasuk usia remaja, dia menyertai ‘Summer School’ di Oxford untuk belajar Bahasa Inggeris.

2Seorang Pereka Fesyen

Selepas Riana memenangi pertandingan ratu kecantikan ‘Miss Moscow’ dia telah menceburi bidang industri fesyen, kemudian berjaya mencipta jenama pakaian renangnya sendiri.

3Menuntut Pengajian Dalam Bidang Penyiaran

Selain meneceburi bidang fesyen, pada masa yang sama Rihanna menuntut pengajian dalam bidang penyiaran di ‘Moscow School of Radio and Television’.

4Buka Salon Kecantikan

Rihana mendedahkan pada tahun 2016,  dia telah dianuggerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan dan merupakan seorang pakar dalam pemasaran antarabangsa. Kemudian pada masa yang sama,  dia membuka salon kecantikan di Moscow.

5Berpindah Ke Kuala Lumpur Pada Tahun 2017

Pada tahun 2017, Rihana berpindah ke Kuala Lumpur dan selepas setahun dia bernikah dengan Sultan Muhammad V  pada bulan Jun 2018.  Dengan mengambil masa selama 5 bulan untuk membuat persiapan, pada 23 November 2018, majlis perkahwinan berlangsung dengan gilang-gemilang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia di Dewan Barvikha di Moscow.

Sebenarnya, Rihana berkongsi perihal dirinya kepada pengikutnya bersempena hari kelahiran beliau pada hari ini 10 Julai 2019. Semoga Rihana dan keluarga barunya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezek serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..