Semalam, industri hiburan digemparkan dengan khabar berita mengenai rumahtangga pelakon Fizo Omar yang berakhir dengan perceraian.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar yang berkahwin dengan usahawan,Mawar Karim telah disahkan bercerai dengan talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassa di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.

Permohonan cerai itu telah dibuat oleh Mawar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Fizo Buka Mulut 

Selepas dari Mawar memberi kenyataan, akhirnya Fizo menerusi laman Instagram nya mendedahkan mengenai apa yang berlaku sebelum ini mengenai rumahtangganya.

Menurut Fizo, dia percaya setiap yang terjadi adalah ketentuan dari-Nya dan redha menerima takdir ini. Bagi Fizo, ianya bukanlah pengakhiran sebaliknya merupakan satu permulaan dan memandang positif atas segalanya terjadi.

Akan Tetap Berkawan Baik 

Jelas pelakon itu lagi, biarpun sudah berpisah namun dia Mawar akan tetap menjadi ibu-bapa yang sebenar buat anak mereka, Wan Maryam Bt Wan Hafizol kerana ianya merupakan amanah yang perlu dijaga.

” Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat”

Tambah Fizo, tiada perbalahan yang berlaku diantara mereka dan dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Mawar dan keluarganya.

View this post on Instagram

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN. . Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. . Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya. . Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat. . Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. . Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Dalam perkembangan lain, ketika berita tersebut hangat diperkatakan rata-rata peminat turut terkejut dan berasa sedih dengan perpisahan selebriti ini. Semoga Fizo dan Mawar akan terus bersahabat baik demi anak mereka.